Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Amalan Meditasi Quan Yin ialah Jalan Terus Menuju Tuhan, Bahagian 8 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika kita seorang Guru yang baik, maka kita sentiasa perlu risau, menjaga diri, melindungi diri, sentiasa berpaling ke belakang. Selepas kita mati, mereka akan bina rumah ibadat besar daripada wang bebas cukai, kemudian mereka akan hidup mewah serta mendapat segala penghormatan dan pemujaan daripada pengikut, tetapi membuat pengikut malah lupakan Tuhan, hanya memuja mereka sebaliknya. Perut pederi ini penuh dengan darah dan daging daripada orang-haiwan yang tidak berdosa. Badan mereka dicurahi benda kotor yang keluar drpd mereka malah ke atas kanak-kanak tak berdosa yang didera.

Media Report from BBC News – Oct. 6, 2021: Sebuah laporan ttg penderaan seksual oleh Gereja Katolik Perancis menganggarkan lebih 200,000 orang kanak-kanak telah diperkosa oleh paderi dalam masa 70 tahun ini.

Media Report from DW News – Sept. 28, 2018: Kajian terbaharu menyatakan lebih 1,600 orang paderi Jerman mendera secara seksual kanak-kanak di bawah perlindungan mereka, dan dalam masa 70 tahun ini, terdapat sekurang-kurangnya 3,677 orang mangsa.

Media Report from USA TODAY – Nov. 13, 2019, The Honorable Josh Shapiro: Sebagai akibat langsung penutupan rahsia sistematik oleh pegawai kanan gereja, hampir setiap kejadian penderaan seksual kanak-kanak yang kami temui sudah terlalu lama, tidak boleh didakwa.

Media Report from ABC7 Eyewitness News – Dec. 9, 2022: Sekarang tuduhan penderaan seksual yang mengejutkan di sebuah tokong Buddha di Santa Ana. Lapan orang wanita sekarang tampil berkata bahawa mereka diperkosa ketika masih kanak-kanak di tokong. Mereka kata tokong itu ada budaya dera.

Dan lain-lain…

Ya Tuhan! Ini memang neraka. Mereka buat agama menjadi neraka! Saya tak dapat bercakap tentang itu dengan secukupnya. Kerana mereka bukan sahaja hancurkan kepercayaan orang dan masa depan kanak-kanak tetapi juga hancurkan tenaga baik di planet ini dan buat orang lebih banyak menderita – lebih buta, lebih pekak, lebih tumpul, lebih tak berkebijaksanaan dengan mengikut jenis paderi, biksu dan biksuni ini.

Ya Tuhan, tolonglah, saya tak nak bercakap tentang itu lagi tetapi terpaksa juga kerana saya risau tentang planet ini. Saya risau tentang dunia ini. Saya sedar bahawa jika had umur adalah 100 tahun di planet ini, saya tiada banyak masa. Saya hanya ada tiga dekad lagi, ya Tuhan. Jadi jika saya tak beritahunya sekarang, bila saya akan beritahu?

Adalah tidak baik sentiasa sopan dan bercakap manis. Kita perlu benar-benar mengatakan kebenaran meskipun kebenaran itu begitu buruk, begitu ganas. Tetapi kita perlu bersihkan itu. Jadi walaupun kanser ialah sebahagian daripada badan kita, kita perlu potongnya untuk terus hidup dan buat lebih banyak perkara baik dengan hidup kita. Kita perlu terus hidup. Jadi dunia ini perlu terus hidup. Jika kita potong semua barah lintah agama, virus agama, bakteria agama itu, bakteria dan virus berbahaya... Ia lebih buruk daripada COVID-19. COVID-19 mungkin boleh dirawat, mungkin suatu hari nanti ia hilang tetapi virus agama ini akan kekal wujud, kelihatan macam selama-lamanya jika kita tidak merawatnya.

Jika kita tidak merawat virus ini, ia akan mencemari orang lain. Kemudian apa jenis masyarakat yang akan kita ada? Wang dicurahkan ke dalam gereja atau tokong, binanya untuk jenis virus ini diami, hidup, diberi makan dengan banyak, dijaga dengan baik, malah banyak dipuja. Mereka akan membuat penganut lupakan Tuhan, lupakan Nabi Isa, lupakan Buddha. Hanya memuja mereka dan beri makan kepada mereka, dermakan segalanya kepada mereka. Mereka malah suruh mereka menjual rumah mereka, pergi tinggal di pondok di sesuatu tempat yang lain dan berikan wang hasil menjual rumah kepada biksu.

Biksu pada zaman Buddha keluar untuk minta sedekah hanya kerana apabila keluar, mereka juga mengajar orang. Pada masa itu, kita tiada internet. Kita tiada telefon. Kita tiada kereta. Kita tiada banyak kemudahan untuk menyebarkan Dharma Sebenar Buddha. Jadi itu cara yang mudah untuk dilakukan, secara sampingan.

Tetapi biksu hari ini jalani kehidupan yang begitu baik, miliki kereta yang baik, malah helikopter peribadi yang baik atau pesawat peribadi untuk keluar atau pergi ke mana-mana saja. Kemudian penganut akan perlu membayar untuknya. Tapi apa yang mereka buat di sana? Hanya bercakap karut.

Mereka tak faham apa-apa pun tentang Bible, tentang kitab – tentang sebarang kitab yang lain. Mereka tak berapa faham tentang al-Quran pun, tentang Guru Granth Sahib, tentang kitab ajaran banyak Guru ternaik yang lain yang mengorbankan segalanya yang Mereka ada untuk cuba menyelamatkan roh manusia. Tapi mereka semua perlakukan Mereka macam penjenayah. Hari ini, jenis pembunuh lain yang pergunakan ajaran Mereka, memutarbelitkannya hanya untuk menyara hidup, hanya utk hidup mewah. Ya Tuhan!

Thích Nhật Từ malah berkata bahawa mereka boleh gunakan mainan seks, malah mengheret Buddha ke dalamnya, berkata bahawa Buddha pun tidak melarangnya. Buddha tak tahu apa-apa pun tentangnya! Ketika Buddha masih hidup, tiada benda sebegini.

Apa jenis biksu yang dengan tak tahu malu gunakan mulutnya untuk makan makanan dan derma orang dan bercakap macam itu? Dia tiada apa-apa yang lebih baik untuk dibuat drpd bercakap tentang seks dan wang? Anda boleh lihat apa jenis biksu mereka ini. Mereka hanya risau tentang wang, makanan dan tokong besar, dan mengheret semakin banyak penganut Buddha ke dalam kumpulan mereka supaya rasa macam seorang biksu yang penting, bercakap karut macam itu. Malah melibatkan Buddha dalam mainan seks – tak tahu malu, bercakap macam syaitan!

Sekarang anda semua dah tahu. Sebenarnya ini ada di mana-mana saja di internet. Saya tak perlu beritahu anda pun tetapi saya khuatir sesetengah daripada anda tidak tahu. Saya perlu beritahu anda kerana jika anda mengikut jenis ini seperti Trần Tâm atau Ruma, Thích Nhật Từ atau sesiapa saja yang lain – saya dah lupa semua nama mereka, saya tak nak ingat pun – maka anda akan pergi ke neraka! Benar, anda akan pergi ke neraka! Kerana mereka buat anda lupakan Buddha, lupakan ajaran Buddha, Orang Sanjungan Dunia, ajaran orang bermakrifat, terpuja, Makhluk Tinggi seperti Buddha atau Nabi Isa. Jika anda mengikut paderi ini, jika anda mengikut apa yang paus Francis katakan, anda akan pergi ke neraka.

Saya beritahu anda ini, itu tidak baik untuk saya tetapi saya perlu. Jika saya tak dapat memakrifatkan anda, jika saya tak dapat jelaskan kebenaran, realiti kepada anda, maka apa yang saya nak buat dgn hidup saya? Saya tiada banyak tahun yg tertinggal. Anda rasa 30 lebih tahun ialah masa yang banyak? Tidak. Saya hanya mengelipkan mata, melihat kembali, sekarang saya dah berkhutbah selama lebih 40 tahun tetapi terasa macam semalam saja. Jadi saya lihat 30 tahun lagi, itu akan seperti satu lagi kelipan mata.

Jadi tolonglah, semua kononnya pengikut saya, anak murid Tuhan, tolong ingatkan diri anda setiap hari bahawa masa tak menunggu sesiapa pun. Buatlah sesuatu dengan hidup anda. Lebih bertumpu pada Tuhan, pada Syurga. Lebih banyak bermeditasi secara sedar dengan kaedah meditasi Quan Yin yang saya gunakan darah, air mata dan tenaga saya untuk transmisikan kepada anda dengan Rahmat Tuhan. Setiap hari, anda perlu bersyukur kepada Tuhan atas itu. Ini hadiah paling berharga yang boleh anda terima daripada Syurga, daripada Tuhan melalui Guru. Tanpa itu, akan ambil masa selama beribu-ribu, beratus-ratus ribu, berjuta-juta tahun, bereon-eon sehingga anda dapat sampai ke Rumah sebenar anda. Anda akan lemas dalam hidup fizikal, berdelusi ini secara berulangan.

Jangan menyalahkan Tuhan atas tidak dengar doa kita. Salahkanlah diri kita kerana tidak dengar Nasihat Tuhan, Kebijaksanaan Tuhan. Anda perlu masuk ke dalam untuk dengar Kebijaksanaan Tuhan. Anda perlu masuk ke dalam untuk lihat Tuhan, untuk capai Cahaya, untuk capai Arus yang akan bawa anda pulang ke Rumah, ke atas. Tiada apa-apa yang lebih berharga daripada amalan Quan Yin. Dengan itu, anda boleh menukarkannya dengan Syurga. Tetapi dengan segala kedudukan, kemasyhuran dan kekayaan dalam hidup fizikal anda, anda tak dapat menukarkannya dengan apa-apa seperti itu.

Anda tak tahu pun macam mana rupa Syurga. Anda tak tahu pun macam mana rupa Tuhan. Jadi Kaedah Quan Yin ialah apa yang berikan semua itu kepada anda. Mengapa anda boleh mendapatnya? Kerana ia ada di dalam diri anda! Saya dah beritahu anda banyak kali. Sebab itulah saya tidak ambil wang untuk ajaran saya. Saya tidak ambil apa-apa pun drpd anda untuk ajaran saya kerana saya tahu anda ada Tuhan pada anda, bahawa anda ada khazanah ini di dalam diri anda, bahawa Cahaya Syurga dalaman dan ajaran Tuhan, anda dapat peroleh jika anda tahu caranya.

Tapi dah tentu, anda tak tahu caranya kerana ini suatu rahsia – ia disekat, dikunci, disimpan, tak dapat diperoleh kembali tanpa izin Tuhan melalui Guru bermakrifat penuh, Guru sebenar. Kerana tanpa itu, sesiapa mengulang arahan yang sama daripada saya pun, itu tak sama. Apabila saya hantar pengutus Quan Yin kepada anda, saya berikan kuasa kebenaran itu kepada dia dengan izin Rahmat Tuhan. Jika tidak, anda takkan mendapat apa pun – hanya delusi drpd maya dan anda akan pergi ke neraka daripadanya kerana itu bukan daripada Syurga. Itu dari neraka.

Photo Caption: Senyum dalam Kasih Sayang Tuhan suatu Bentuk Rasa Syukur

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/9)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-01
4285 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-02
2621 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-03
2368 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-04
2123 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-05
1854 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-06
1759 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-07
1576 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-08
1278 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-08
1278 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-07
789 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-07
435 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-07
191 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-03-07
675 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2025-03-07
164 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2025-03-07
161 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-07
1575 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-06
207 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android