Media Report from Fox News — Feb 20, 2025, Hillary Vaughn: Seorang Ketua Polis Negara pada 2023 mendapati bahawa Pentadbiran Keselamatan Sosial tiada tarikh kematian bagi 18.9 juta orang yang dilahirkan sebelum 1920. Pentadbiran Keselamatan Sosial menyatakan bahawa hampir tiada seorang pun daripada 18 juta orang mati ini masih hidup dalam pangkalan data dan mendapat faedah tetapi Ketua Polis Negara berkata bahawa oleh sebab Keselamatan Sosial tidak mengenal pasti mereka sudah mati, agensi-agensi lain yang bergantung kepada Fail Induk Kematian boleh membuat bayaran yang silap kepada orang-orang ini. Pejabat Kebertanggungjawaban Kerajaan menyatakan bahawa pada 2023, terdapat lebih AS$236 bilion dalam pembayaran tak wajar yang dibuat kepada orang termasuk yang telah meninggal dunia.Media Report from Forbes Breaking News — Feb 19, 2025, His Excellency Donald J. Trump: Apabila saya lihat angka Keselamatan Sosial, saya kata, “Wau, itu memang sesuatu!” Jadi kita ada – biar kita hanya lihat yang berusia lebih 100 tahun – ada berjuta-juta orang yang berusia lebih 100 tahun. Semua orang tahu bukan begitu. Berapa banyak daripada mereka mendapat bayaran Keselamatan Sosial? Jika itu keadaannya, ini penipuan yang amat besar. Di mana wang ini telah dibelanjakan?Biar kita lihat sekejap. AS$486 juta dolar kepada Konsortium untuk Pilihan Raya dan Pengukuhan Proses Politik, termasuk AS$22 juta untuk proses politik merangkum dan turut serta di Moldova dan AS$21juta untuk kedatangan pengundi di India. Dengarlah angka ini. Semua ini penipuan. AS$1.5 juta dolar untuk keyakinan pengundi. Kita mahu memberi keyakinan kepada mereka di Liberia. AS$14 juta untuk kepaduan sosial di Mali.Excerpt from “Former USAID Employee on Waste, Fraud, and Abuse in the Agency” by The Heritage Foundation — Feb 13, 2025, Max Primorac: Tuan Pengerusi, pendekatan bantuan kita telah banyak menjejaskan kedudukan global kita. Sistem kemanusiaan USAID telah rosak juga. Di Gaza, bantuan Amerika membiayai kempen Hamas untuk menghapuskan Israel. Begitu juga di Afghanistan, Yaman dan Syria di mana kita kekurangan kehadiran fizikal untuk memastikan bantuan kita tidak dialihkan kepada pengganas. Bantuan kita menampung ekonomi perang ini. USAID gagal menguruskan dengan betul berbilion-bilion dolar yang diamanahkan kepadanya. Jawatankuasa ini mendapati bahawa rakan kongsi USAID kenakan bayaran 50% atau lebih untuk overhed.Media Report from Forbes Breaking News — Feb 14, 2025, The Honorable Rand Paul: Saya menemui lebih setrilion dolar dalam pembaziran kerajaan, dengan Jabatan Negara dan USAID ialah antara pesalah yang paling teruk. Biar saya beri kalian hanya beberapa contoh pada apa birokrat bukan dipilih ini membelanjakan wang titik peluh kalian. AS$4.8 juta disalurkan ke pejabat hal ehwal awam Ukraine di Kyiv untuk membiayai pempengaruh media sosial. USAID belanjakan AS$2 juta untuk pembedahan transjantina, terapi hormon dan penjagaan pengesahan jantina di Guatemala. USAID menyalurkan lebih AS$54 juta kepada Perikatan EcoHealth, membiayai organisasi yang dikaitkan dengan Institut Virologi Wuhan yang mungkin merupakan punca pandemik COVID-19. Memalukan! AS$15 juta diberikan kepada Afghanistan yang dikuasai Taliban untuk edarkan pil perancang keluarga dan kondom.Media Report from New York Post — Feb 5, 2025, The Honorable Marco Rubio: Ini ialah pembekuan selama 90 hari. Melaluinya, ia membolehkan kita mengkaji semula program. Sebelum kita melakukan pembekuan ini, kita tak boleh mendapat tahu apa-apa tentang program ini, khususnya USAID, mereka enggan beritahu kita apa-apa pun Kami takkan beritahu kamu wang disalurkan untuk apa, wang disalurkan ke mana, siapa mendapatnya, kontraktor mana terlibat. Dalam sesetengah kes, ia melalui empat kontraktor yang berlainan baru sampai kepada penerima yang dimaksudkan. Dalam sesetengah kes, dengan USAID, 10, 12, 13%, mungkin kurang, daripada wang benar-benar sampai kepada penerima dan yang selebihnya disalurkan ke dalam overhed dan birokrasi.Dan lain-lain…
Mereka terus mengganggu rakyat. Contohnya, jika kita menyimpan wang sepanjang hidup dan masukkan beberapa ratus ribu dolar ke dalam bank pun, kemudian mereka akan mengejar kita, tanya kita ia dari mana. Kita sakit kepala, cuba cari semua rekod dan dokumen lama, jika ada. Misalnya macam itu. Jadi kerajaan boleh simpan semua wang ini, bank boleh simpannya, kemudian buat apa-apa saja. Kita tak tahu apa pun. Tetapi itu bukan penyelesaiannya untuk membuat negara kekal bersih.Jika kerajaan tidak cukup bijak, tidak benar-benar melindungi rakyat, tidak benar-benar letak kepentingan rakyat di tempat pertama agenda mereka, maka negara masih tidak stabil, masih ada banyak masalah lain yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Pada zaman dahulu, orang berkata bahawa seseorang perlu menyucikan diri dulu, sendiri mengamalkan semua prinsip, kemudian dia dapat menguruskan keluarga dengan betul. Kemudian jika mahu, dia boleh masuki sistem kerajaan dan menguruskan negara. Kemudian dia malah dapat mendamaikan dunia. Jika setiap negara ada kerajaan yang murni, bersih, lurus dan benar-benar bekerja untuk rakyat yang membayar kepada mereka – rakyat membayar kepada kerajaan melalui cukai – jika semua kerajaan negara bersih dan murni, maka dah tentu, setiap negara akan menyumbangkan keamanan kepada dunia.Photo Caption: Hore, Kita Wujud, Kita Senyum, Kita Bergembira, Kita Hidup untuk Kasih Sayang Tuhan…Amalan Meditasi Quan Yin ialah Jalan Terus Menuju Tuhan, Bahagian 2 daripada 9
2025-03-02
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Paus atau paderi di Gereja, daripada Gereja atau pemimpin politik ini tak tahu apa-apa pun tentang Tuhan. Mereka tak pernah lihat apa-apa pun yang merupakan tanda Tuhan kerana mereka tidak masuk ke dalam Domain Tuhan. Mereka tak dapat. Pintu tertutup.Pintu Syurga tidaklah berada di mana-mana di Syurga. Ia ada di dalam diri anda dan Guru dapat bukanya untuk anda dengan serta-merta. Sebelum berkhutbah atau memberitahu anda apa lagi, cara bermeditasi atau apa-apa pun, Guru dah dapat buat begitu dengan serta-merta. Dengan bertemu dengan anda, jika anda benar-benar minta dgn ikhlas, anda akan nampak Tuhan, nampak Cahaya Tuhan, akan terdengar Suara Tuhan dengan serta-merta. Maka anda menjadi bebas pada ketika itu dan selama-lamanya. Anda akan pergi ke Rumah sebenar anda, nikmati kegembiraan sebenar, kebahagiaan sebenar, kekayaan sebenar di dalam dan di luar.Benar-benar di luar kerana jalan Syurga diturap dengan emas. Di mana-mana pun anda dapat lihat permata yang anda begitu hargai dan bekerja keras sekali baru dapat miliki sebiji berlian kecil sebesar hujung penyepit saja. Ini tak dapat dibayangkan. Saya boleh bercakap tentangnya selama-lamanya tetapi saya tak dapat faham mengapa manusia menjatuhkan martabat diri macam itu, daripada anak Tuhan menjadi hamba kehidupan material, kemudian menjatuhkan martabat diri hingga ke neraka di bawah.Jadi kita dah buat Firdaus yang indah ini menjadi separuh neraka. Kita tak dapat jamin bahawa kita dapat terus hidup di planet ini pun. Kita musnahkan tempat tinggal kita, planet ini, makin hari makin banyak dan kita sentiasa alami bencana yang semakin teruk sekarang. Semua Santo dan Orang Suci sekarang, masa depan atau masa lalu banyak membantu kita tetapi kita menjunam ke bawah, tidak mendongak untuk melihat ke mana kita pergi pun,dan semua pemimpin dunia, saya perlu kata, tidak buat banyak. Pemimpin sepatutnya memimpin orang ke arah yang betul tetapi pemimpin sendiri pun tak tahu ke mana mereka pergi, atau mungkin mereka tak peduli kerana tak benar-benar percaya kepada Tuhan.Kata-kata bijak, Santo dan Orang Suci terserlah datang dan pergi tetapi tiada sesiapa yang lihat Mereka. Jika mereka tidak bunuh atau menyeksa Mereka dgn sebarang cara, itu dah sangat baik, apalagi dengar kata-kata Mereka dan mengikut Mereka. Oleh itu, sejak zaman dahulukala, Guru tak pernah ada banyak anak murid, maksud saya semasa hidup Mereka. Rasanya saya satu-satunya orang yang ada paling banyak anak murid di seluruh dunia pada tempoh zaman kita ini. Guru-guru lain, sama ada Mereka tak nak atau tak dapat menempuh kepekatan racun yang telah diambil oleh orang di dunia sejak bereon-eon dahulu lagi.Masa saya – saya masih hidup, tapi masa saya, saya rasa sangat singkat, semakin singkat. Sebab itulah saya rasa sangat cemas. Dalam hati saya, saya asyik tanya, “Apa lagi yang boleh aku buat? Apa lagi yang boleh aku buat?” Dengan banyak pembantu yang ikhlas pun, seperti kononnya anak murid Tuhan saya membuat segalanya yang boleh tetapi dunia tetap tidak benar-benar sedar sepenuhnya. Bencana terus datang. Peperangan dan kesusahan terus memusnahkan dunia kita tetapi pemimpin tidak buat banyak.Mereka masih tidak sedar. Hanya sepotong daging orang-haiwan pun, mereka tak dapat ludahkan dan gantikan dengan protein vegan. Kemudian mereka terus mengutuk orang yang ketagih dadah atau perompak, pencuri kerana mereka tak dapat buat jauh lebih banyak, tiada banyak pekerjaan yang lain untuk dibuat, tak tahu apa lagi yang nak dibuat atau tak dapat meninggalkan tabiat merompak, mencuri atau mengambil dadah. Perkara itu lebih cemas daripada pelaku jenayah ini, seperti mengambil dadah, minum arak atau banyak perbuatan lain seperti merompak, mencuri atau menipu seperti menipu orang dalam talian, misalnya macam itu. Mereka cuma perlu lakukannya. Sesetengah daripada mereka perlu lakukannya, terpaksa lakukannya untuk terus hidup kerana tak sentiasa senang untuk mencari pekerjaan yang mampu dibuat oleh mereka.Saya bukan cari alasan untuk penjenayah tetapi saya hanya berkata bahawa masyarakat tidak sempurna. Masyarakat kita tidak cukup baik untuk memimpin orang ke arah yang betul dan pemimpin dunia harus menunjukkan contoh terserlah untuk memimpin rakyat ke arah yang betul. Tetapi contoh kebaikan, ketinggian akhlak, kelurusan, kejujuran adalah sedikit. Adalah berleluasa dalam banyak kerajaan negara-negara yang berlainan di mana rasuah dengan perlindungan ada di mana-mana saja. Di Amerika pun, mereka baru mendapat tahu bahawa bekas kerajaan tidak baik, tidak cukup jujur, tidak cukup bersih, banyak pembaziran dalam perbelanjaan, banyak penyalahgunaan wang cukai hasil titik peluh rakyat. Bukan Amerika saja, cuma di negara-negara lain, mereka belum cuba mendapat tahu.