Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua orang tersayang saya. Semoga semua masalah anda segera diselesaikan. Semoga hidup anda sentiasa lebih baik daripada hari sebelumnya, dengan Rahmat Tuhan. Amin.Hari ini, saya ingin bercakap dengan anda tentang Tuhan. Dah tentu, kita sentiasa bercakap tentang Tuhan tetapi berbeza sikit hari ini kerana anda dapat dengar di mana-mana saja melalui televisyen, radio, di tapak sesawang, internet. Orang banyak bercakap tentang Tuhan, sangat bagus mendengarnya. Mendengar perkataan ‘Tuhan’, kita dah rasa jauh lebih selesa, tidak kira kita di mana dan berada dalam situasi apa.Maka mengapa saya masih nak bercakap tentang Tuhan? Kita akan lihat macam mana seterusnya. Sebenarnya saya tiada rancangan untuk menetapkan khutbah ini. Ia terlintas dalam fikiran. Saya perlu berikan. Ilham datang daripada Syurga, Tuhan, maka saya perlu bertindak melakukannya.Sekarang semua orang bercakap tentang Tuhan tetapi kita harus tahu bahawa ada banyak tahap kesedaran Tuhan. Situasi yang paling biasa ialah orang berdoa kepada Tuhan dan mendengar tentang Tuhan daripada pengkhutbah, biarawan, biarawati, sarjana yang mengkaji Bible atau mana-mana gospel Tuhan atau orang buat gospel tentang Tuhan. Tapi dengar ttg Tuhan adalah berbeza. Bercakap tentang Tuhan adalah berbeza. Berdoa kepada Tuhan adalah berbeza. Memuji Tuhan adalah berbeza. Pemahaman-pemahaman yang berlainan tentang Tuhan, persepsi-persepsi yang berlainan tentang Tuhan. Semuanya berbeza-beza, dan secara individu akan ada perspektif dan pemahaman atau pengetahuan tentang Tuhan yang lebih berbeza.Bercakap, mendengar tentang Tuhan, mendengar orang berkhutbah tentang Tuhan, berdoa kepada Tuhan dan memuji Tuhan, itu dah pun sesuatu yang lebih baik daripada tidak sama sekali. Tapi tolonglah, jika anda dengar tentang Tuhan dan ingin memuji Tuhan, maka sebaik-baiknya anda benar-benar percaya kepada Tuhan, benar-benar bertumpu pada Tuhan. Mungkin anda tak tahu macam mana rupa Tuhan, mungkin anda hanya ada idea yang kabur, tapi tolonglah, sekurang-kurangnya cuba percaya bahawa Tuhan wujud dan Tuhan adalah maha meluas, maha wujud, maha berkuasa, mengetahui segalanya, menjaga segala-galanya, mengasihi kita semua tidak kira apa pun. Cubalah percayai itu.Kemudian ia seharusnya menjadi suatu tabiat seperti pernafasan anda. Maka pada waktu anda meninggalkan dunia ini, anda hanya ingat akan Tuhan, berdoa kepada Tuhan dan memuji Tuhan. Maka situasi pemergian anda akan jauh lebih baik untuk anda, untuk roh anda daripada jika anda tiada kelengkapan dan tabiat ini. Tolong cuba, berdoa kepada Nabi Isa, berdoa kepada Buddha, pilih Santo yang anda paling percayai, sebaik-baiknya Guru agama yang anda percayai, contohnya, Buddha Amitabha, Bodhisattva Quan Yin, Buddha Shakyamuni, Nabi Isa dan Guru-guru lain yang anda tahu melalui pengajian dan kepercayaan agama anda.Memperbaik diri anda dalam itu dan ingat bahawa Tuhan berkati anda melalui Mereka, melalui Guru. Maka pada waktu meninggal, anda takkan takut mati, takkan alami sebarang kekeliruan fizikal atau mental. Anda akan dibawa ke kawasan yang menakjubkan, menggembirakan di mana Guru-guru atau salah seorang Guru yang anda percayai akan menyelamatkan anda, akan menyelamatkan roh anda, akan melindungi anda dan bawa anda ke Syurga di mana anda akan rasa bahagia, selamat dan gembira selamanya Dah tentu, ini bergantung kepada berapa banyak anda mempercayai Guru ini dan berapa ikhlasanya anda serta berapa banyak masa dan usaha yang anda curahkan dalam agama, kepercayaan anda.Bercakap tentang Tuhan, berkhutbah tentang Tuhan seolah-olah anda memahami Tuhan adalah sesuatu tapi mengenali Tuhan ialah perkara lain. Bukan semua orang yang berkhutbah tentang Tuhan mengenali Tuhan. Mereka hanya memalsukannya atau hanya ulangi kata-kata yang dinyatakan dalam Bible, kemudian ilhami diri sendiri untuk bercakap dengan lebih lanjut sikit, menjelaskan dengan lebih lanjut tentang halaman khutbah itu dan ini, bab Bible ini atau bahagian kitab dan lain-lain. Tetapi mengenali Tuhan adalah sesuatu. Anda mesti benar-benar menjadi orang yang paling bertuah di dunia baru ada kesedaran ini. Sebab itulah di seluruh dunia, paderi, biksu, biksuni dan imam atau apa-apa saja gelaran yang mereka ada bercakap tentang Tuhan. Mungkin mereka begitu, sesetengah atau banyak daripada mereka, percaya kepada Tuhan tetapi tak benar-benar mengenali Tuhan. Kerana saya tahu akan itu.Saya cari dalam banyak doktrin agama, kitab Buddha, Bible Kristian, malah Islam, Jainisme – dalam sangat banyak kitab, banyak Bible, banyak ajaran suci saya cari untuk mendapat tahu makna sebenar di sebalik kata-katanya. Anda boleh sangat ikhlas dan cuba cari Kebenaran dgn bersungguh-sungguh melalui ajaran Buddha, Guru, paderi, biksu dan biksuni, orang yang tinggi dari segi rohani yang tinggalkannya untuk kita. Anda dapat, dengan keikhlasan, mungkin jarang, tetapi mungkin, bertemu dengan Guru, Guru ternaik yang telah menyedari kedudukan setinggi mungkin di Alam Semesta.Tetapi sangat jarang. Ini tak dapat diperoleh hanya dengan keikhlasan atau bakti. Sebab itulah saya menekankan amalan meditasi Quan Yin, jalan terus ini. Anda bersemuka dengan Tuhan, sama ada dengan serta-merta pada waktu inisiasi, tak lama selepas itu atau secara beransur-ansur. Namun begitu, pada waktu inisiasi, dengan Rahmat Tuhan, melalui pengorbanan dan kebijaksanaan Guru, anda akan mengetahui sesuatu, akan ternampak Syurga sepintas lalu. Anda akan ternampak Tuhan, jelmaan Tuhan sepintas lalu, atau mungkin anda dapat berbual dengan Tuhan atau Guru ternaik yang lebih tinggi atau setinggi mungkin. Contohnya, Nabi Isa, Buddha Sakyamuni, Buddha Amitabha dan lain-lain.Semua Santo masa lalu wajar kita hormati, puja, ikut ajaran Mereka tetapi kita sentiasa perlu ingat akan Rahmat Tuhan meskipun kita tak dapat tanpa Guru – kita tak dapat lihat Tuhan, tak dapat dengar Suara Tuhan tanpa Kuasa Guru yang hubungkan kita antara dunia fizikal yang kasar ini dan Cahaya Suci, Kebenaran Suci, Kehadiran Tuhan, Suara Tuhan, Ajaran Tuhan. Itu perlu melalui Guru. Sebab itulah Nabi Isa berkata, “Sesungguhnya, kamu tak dapat pergi kepada Tuhan tanpa saya.” Macam itulah kerana dunia fizikal ini memang dahsyat. Ia buat kita semua menjadi buta, pekak dan bisu dari segi rohani, jadi tanpa Guru, kita tak dapat berfikir tentang mengenali Tuhan pun.Tetapi dengan Kuasa Guru, dengan serta-merta pada waktu inisiasi, Guru akan gunakan kuasa itu untuk membuka mata anda, Mata sebenar anda, buka Telinga sebenar anda, buka Kebijaksanaan sebenar anda. Maka anda akan dengan serta-merta mengalami Rahmat Tuhan, ternampak Syurga sepintas lalu, ternampak Tuhan sepintas lalu. Kemudian anda boleh benar-benar berkata, “Saya kenali Tuhan. Saya tahu sedikit tentang Tuhan, sekurang-kurangnya nampak Tuhan, Syurga sepintas lalu.” Tanpa itu, tanpa mengetahui Sifat Tuhan, Cahaya Tuhan, Rahmat Tuhan, Belas Kasihan Tuhan, Kasih Sayang Tuhan, anda tak boleh mendakwa bahawa anda kenali Tuhan.Tetapi Hadiah ini hanya dikurniakan kepada segelintir orang yang bertuah walaupun ia terbuka kpd semua orang. Tetapi disebabkan oleh karma, disebabkan oleh konsepsi yang salah atau disebabkan terperdaya oleh makhluk fizikal di dunia ini, maya atau syaitan, Hadiah ini takkan sentiasa diterima, dihargai atau diambil oleh semua orang di dunia ini dan di dunia lain juga, di planet lain juga. Ini sesuatu yang menyedihkan. Saya sentiasa sedih dengan itu. Saya sentiasa sangat sedih dengan itu. Saya tak dapat lupakannya. Saya tak dapat menjadi biasa dengan itu.Hadiah Pembebasan yang baik, menakjubkan ada di dlm diri anda juga tetapi anda abaikannya, orang abaikannya. Meskipun mereka mahu, mereka dihalang oleh begitu banyak perangkap dan penipuan di dunia ini, malah oleh ahli keluarga sendiri, oleh saudara-mara dan kawan mereka, oleh kedudukan sosial, oleh standard di dunia, oleh orang yang mendakwa bahawa mereka mengenali Tuhan atau berkhutbah tentang Tuhan dan menyesatkan orang lain, seperti orang buta memimpin orang buta, maka lambat-laun kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit.Tuhan telah memasang, telah berikan jalan pulang ke Rumah ini kepada kita. Ia ada di dalam diri kita. Anda adanya. Anda hanya perlukan Kuasa Guru yang dibenarkan utk bukanya utk anda kerana Guru berhubung secara langsung dengan Tuhan, bersatu dengan Tuhan. Anda boleh kata begitu. Sebab itulah Nabi Isa berkata, “Saya dan Bapa saya bersatu.” Siapa berani berkata begitu? Hanya Nabi Isa boleh. Hanya Guru spiritual bermakrifat agung, tertinggi berani berkata begitu. Tetapi begitu pun, orang di dunia akan berkata bahawa Mereka kufur, malah berkata bahawa Mereka berbohong, malah memudaratkan, mencederakan atau membunuh Mereka dengan cara-cara yang berlainan dalam situasi-situasi yang berlainan di negara-negara yang berlainan pada tempoh-tempoh masa yg berlainan.Kemudian selepas Guru sebenar, Pengutus Tuhan, Anak Tuhan Yang Maha Berkuasa meninggal dunia secara fizikal, orang akan muncul dan mendapat untung daripada itu, membina gereja yang cantik dan jemaah yang besar di sana, mengambil wang dan bercakap sepanjang hari tentang apa-apa saja, kadangkala bukan tentang Tuhan pun, kadangkala malah bertentangan dengan Tuhan, seperti yang saya dah beritahu kamu, paus sekarang, apa-apa saja namanya, Francis. Gereja adalah daripada Nabi Isa, daripada Tuhan, utk Nabi Isa, utk Tuhan tetapi dialah orang yang bercakap secara bertentangan dengan Nabi Isa, memfitnah Nabi Isa, mempersendakan Tuhan. Tetapi orang masih mengikut dia, masih biarkan dia berada di sana, dan dengan segala hormat, semua pemimpin di dunia datang bersujud dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa mereka beriman supaya pengundi akan mengundi mereka dan terus mempercayai mereka.Tetapi paus atau paderi di Gereja, daripada Gereja atau pemimpin politik ini tak tahu apa-apa pun tentang Tuhan. Mereka tak pernah lihat apa-apa pun yang merupakan tanda Tuhan kerana mereka tidak masuk ke dalam Domain Tuhan. Mereka tak dapat. Pintu tertutup. Pintu Syurga tidaklah berada di mana-mana di Syurga. Ia ada di dalam diri anda dan Guru dapat bukanya untuk anda dengan serta-merta.Photo Caption: Dunia adalah Kecil, daripada Gurun kepada Bandar Hanya Perlukan Bajak