Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Amalan Meditasi Quan Yin ialah Jalan Terus Menuju Tuhan, Bahagian 4 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya rasa lebih senang lepas Tuhan beritahu saya bahawa orang yg percaya kepada dia (Trần Tâm), bekerja utk dia, bekerja bersama dia atau bantu dia dengan sebarang cara, mereka ialah pengikut maya secara rahsia meskipun mereka ialah kononnya anak murid Tuhan dan diinisiasi oleh saya. Itu masuk akal kerana sesetengah orang masuk hanya untuk mengintip kumpulan saya juga. Itu saya telah dapat tahu beberapanya. Sesetengahnya masuk hanya atas sebarang sebab yang lain, bukan atas sebab mulia, seperti tak nak mengenali Tuhan atau apa-apa pun. Terlalu banyak perkara dan tidak… Terlalu buruk, saya tak dapat sebut semua itu. Baiklah, jadi itu satu perkara.

Orang jahat macam ini seperti Trần Tâm memanggil dirinya Ruma atau banyak nama yang lain, memanggil diri sebagai Santo John sementara hanya banyak merogol biksu, biksuni, kanak-kanak dan mana-mana orang yang lemah! Ya Tuhan, berani dia! Kemudian banyak biksu, biksuni dan paderi yang lain dan kononnya orang zahid buat begitu juga dan/atau khutbahkan segalanya yang salah. Mereka sendiri mengeluarkan jenis tenaga gelap ini. Itu akan menarik semua orang bertenaga gelap. Lagi banyak mereka menarik mereka bersama, tenaga negatif di dunia ini menjadi lagi kuat, semakin banyak membutakan orang, dengan gelap mempengaruhi kerajaan, pemimpin penting untuk membuat keputusan yang salah, menimbulkan kesusahan di dunia.

Lagi banyak orang tidak ingat akan Tuhan, tidak berdoa kepada Tuhan, tidak memuji Tuhan, tidak dapatkan perlindungan Tuhan lagi rendahnya tenaga dunia ini, lagi banyak bencana, lagi banyak penderitaan akan menimpa orang di planet ini. Itu apa yang saya khuatiri. Kerana pengaruh tenaga negatif adalah mustahil untuk digambarkan. Tetapi anda boleh lihat itu. Jika anda lihat kononnya biksu atau paderi, orang bawahan maya sebenar orang bawahan maya sebenar pergi ke mana-mana negara, negara itu alami lebih banyak bencana. Kita ada banyak daripada mereka, banyak kononnya paderi palsu, biksuni palsu, biksu palsu, guru spiritual palsu di mana-mana saja, malah paus palsu.

Di mana-mana pun kita dapat lihat orang suci palsu. Mereka sepatutnya menjadi pengikut Guru mulia, suci, Orang ternaik. Atau mungkin hari ini ada begitu banyak guru spiritual, mereka semua adalah palsu. Sekurang-kurangnya majoriti. Jika anda lihat ke sekeliling dengan Mata Kebijaksanaan, anda akan nampak kebanyakan drpd mereka berada di bawah Peringkat Ketiga, bermakna mereka masih berada di Tiga Alam, Tiga Alam Boleh Binasa. Jika mereka tak dapat membebaskan diri untuk keluar dari tiga alam yang memerangkap, mencemari dan boleh binasa – walaupun ia merupakan syurga, namun bukan Syurga bebas – jika mereka tak dapat bebaskan diri dari semua perangkap dan alam rendah ini, mana dapat mereka membebaskan mana-mana pengikut mereka? Itu sangat mudah.

Mereka sendiri masih merupakan hamba kemasyhuran dan kekayaan dlm hati mereka, atau malah ditunjukkan di luar dengan gaya hidup mereka, cara mereka membuat perkara dan cara mereka cuba mengetahui wang orang ada di mana. Maka anda dapat lihat bahawa kebanyakan daripada mereka langsung tidak layak digelar guru spiritual, paderi atau biksu. Itu nama suci, kedudukan mulia, gelaran mulia. Ia harus hanya diberikan kepada mereka yang layak tetapi kebanyakan drpd mereka tidak. Itu sesuatu yang menyedihkan. Kita ada banyak biksu palsu ini, seperti yang Buddha beritahu kita cara mengenal pasti biksu palsu ini – maka ada begitu banyak drpd mereka.

Mereka malah berada di Amerika yang bebas, berani dan terang. Pemujaan syaitan adalah sah, dibenarkan supaya mereka boleh bunuh bayi, mengorbankan remaja dara, perempuan dan lelaki. Mereka semua dibenarkan berbuat demikian. Kuil mereka dibenarkan tetapi semua pengorbanan manusia hidup ini adalah secara rahsia, dah tentu. Begitu pun, kerajaan seharusnya tahu akan itu tetapi mereka biarkannya saja.

Saya masih ingat pada waktu trend kemuncak orang di Amerika, mereka saling bertelagah: satunya menyokong pengguguran, satunya menyokong hidup. Pada masa itu, salah satu kuil syaitan – saya baca dalam berita – malah mendakwa kerajaan kawasan mereka kerana prohidup, bermakna menentang pengguguran, kerana macam itu, mereka tak boleh mengorbankan bayi secara terbuka. Ya Tuhan, tidakkah ini kedengaran macam neraka bagi anda? Kedengaran macam itu bagi saya. Kita mengorbankan nyawa macam itu hanya untuk memuja syaitan. Jadi bayangkan orang malah mengikut doktrin macam ini.

Kita sepatutnya memuja Tuhan, bukan syaitan, tetapi mereka malah ada kuil dan mengorbankan bayi secara terbuka macam itu, malah berani mendakwa kerajaan Amerika atas tidak benarkan pengguguran menjadi undang-undang, jadi tak boleh mengorbankan bayi di kuil mereka. Ya Tuhan, saya hampir pengsan apabila baca berita itu. Oh, saya tak tahan!

Media Report from KREM 2 News — Oct 4, 2022: Kuil Syaitan yang berpusat di Salem, Massachusetts, membuat dakwaan atas pengharaman pengguguran di Idaho sekarang. Kuil Syaitan nyatakan bahawa negeri itu telah mencabuli kebebasan beragama anggotanya. Kuil itu berhujah bhw undang-undang ini mencabuli hak untuk melibatkan diri dalam apa yang mereka panggil ritual pengguguran syaitan.

Media Report from KHOU 11 News — Sept 7, 2021, Adam Bennett: Ini bukan kali pertama organisasi ini menentang sekatan pengguguran, termasuk di Texas sini. Pegawai mereka berkata bahawa mereka sedia untuk bantu anggotanya yang inginkan pengguguran dalam masa 24 minggu pertama kehamilan menentang undang-undang ini Kumpulan ini berkata anggotanya dikecualikan daripada SB8 di bawah Akta Pemulihan Kebebasan Beragama Texas yang melarang kerajaan daripada mencabuli agama. Peguam kumpulan ini juga menghantar surat kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan minggu lalu, menuntut supaya anggotanya boleh dapatkan pil pengguguran yang mereka kata anggotanya gunakan “dalam latar upacara suci”.

Ya Tuhan. Jenis kuil yang memuja syaitan dan lakukan perbuatan yang begitu kejam, jahat seperti mengorbankan bayi dan kanak-kanak ini juga akan mewujudkan tenaga yang sangat buruk dan gelap, buat tenaga gelap menjadi lebih kuat di kawasan mereka dan sebarkannya ke kawasan kejiranan. Melakukan pengguguran menjadi lebih mengikut trend. Jenis tenaga itu, jenis sikap itu, jenis trend itu akan mempengaruhi banyak wanita yang kesian, lemah. Itu membuat bilangan pengguguran menjadi semakin banyak. Kita membunuh bayi kita sendiri macam itu? Tetapi kuil sebegini dibenarkan! Sedangkan saya, contohnya, hanya mengatakan perkara baik, hanya cuba membantu orang dari segi fizikal, mental dan rohani, diberi kesusahan. Sejak saya mulakan misi saya, bukan sekarang saja, saya benar-benar perlu sentiasa menjalani kehidupan dalam jenis semangat melindungi diri. Adalah tidak sentiasanya selesa kita tak boleh mempercayai dunia.

Setiap tahun, beribu-ribu kanak-kanak hilang. Tiada sesiapa yang nak cari mereka. Mereka hanya cuba secara simbolik, kemudian biarkan kejadian itu dilupakan. Wanita juga hilang, lelaki juga hilang, di mana-mana saja, bukan hanya di Amerika. Tetapi di Amerika, mereka lebih banyak terbitkan kejadian ini, saya rasa lebih banyak drpd negara lain. Sekarang Eropah pun, mereka juga mula memeriksa itu. Tetapi tak banyak yang telah dibuat, tak banyak yang sedang dibuat dan saya tak tahu berapa banyak akan dibuat.

Media Report from PBS NewsHour — Mar 29, 2023, Geoff Bennett: Tahun lalu, lebih 270,000 orang wanita dan gadis hilang di seluruh negara.

Media Report from WGRZ-TV — Feb 9, 2023, Scott Levin: Kita mendapat laporan tentang kanak-kanak yang hilang di New York Barat hampir setiap hari.

Claudine Ewing: Hilang: perempuan, lelaki, hitam, putih. Ini ialah muka anak muda yang hilang di seluruh negeri. Lebih dekat dengan rumah, dia tetap hilang. Dia hilang, kemudiannya ditemui mati. Lebih kerap daripada yang anda fikirkan, keluarga-keluarga hadapi anak yang hilang

Claudine Ewing: Apa yang boleh penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan lakukan?

Mother: Lebih mengambil serius. Dengar, beri perhatian. Kanak-kanak ini hilang. Ini bukanlah hanya situasi melarikan diri yang mudah.

Excerpt from “Hackers Find Missing People For Fun” by Freethink — Jun 14, 2019: Apa yang kamu rasa telah berlaku?

Natalie: Saya ada seorang bapa yang hilang sejak 1988 pada Hari Bapa.

Narrator: Setiap tahun, beratus-ratus ribu orang hilang, orang seperti bapa Natalie.

Natalie: Polis beritahu kami bahawa satu-satunya perkara yg boleh kami buat adalah melaporkan dia hilang. Saya begitu susah hati.

Robert Sell: Saya rasa oleh sebab saya mencari dan menyelamat, saya dapat lihat perkara yang kebanyakan orang tak nampak. Saya dapat lihat semua orang yang hilang. Apabila saya memberi perhatian kepada itu, saya dapati bahawa ada banyak orang yang hilang yang kita tidak cari. Saya sentiasa tertanya-tanya siapa mencari orang-orang itu jika saya tidak? Kadangkala tiada sesiapa pun.

Kuil-kuil ini memuja syaitan. Mereka memuja syaitan. Jika dibenarkan, lebih banyak orang akan jatuh ke dalam kumpulan itu, kelompok itu, kemudian lebih banyak tenaga gelap akan menjadi lebih kukuh, lebih mantap, kemudian dunia kita akan alami lebih banyak kesusahan.

Ya Tuhan, semua kerajaan tahu, PBB pun menasihati bahawa kita harus kurang makan daging orang-haiwan. Mengapa kurang? Lupakan semuanya saja. Hanya tidak bunuh manusia atau orang-haiwan lagi, maka dunia kita akan menjadi Firdaus semula. Begitu mudah saja. Tidak mengikut saya pun. Hanya menjadi vegan, maka keamanan akan datang. Jika kita ada keamanan, maka kita boleh menjadi makmur. Kita boleh ada kebahagiaan untuk semua keluarga, semua kanak-kanak semula, seperti pada waktu Firdaus. Jika kita tidak membunuh, maka darah takkan tertumpah, maka karma darah itu takkan mencurah-curah pada kita, pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka perlu berkongsi karma kolektif ini dan menderita.

Jika ibu bapa tak hidup secara berakhlak, maka anak akan belajar perkara yang sama daripada ibu bapa. Guru di sekolah dan ibu bapa ialah pengaruh terbesar kepada kehidupan kanak-kanak, kepada masa depan kanak-kanak. Jika mereka tidak menunjukkan contoh yang baik, di mana kanak-kanak nak mempelajari apa-apa yang baik? Jika rakyat tidak baik, maka kerajaan tak dapat mentadbir juga. Kerajaan akan takut pada rakyat sendiri juga, jadi mereka akan mengenakan dasar yang lebih keras terhadap rakyat. Ketakadilan, ketaksaksamaan akan berleluasa di negara. Itu akan menjangkiti negara seterusnya, negara jiran dan seluruh dunia. Sebab itulah dunia kita menjadi macam ini. Anda dapat lihatnya dengan jelas.

Photo Caption: Kumpulkan Sebanyak Mungkin ke dalam Dakapan Penuh Kasih Sayang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/9)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-01
3599 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-02
2217 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-03
2007 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-04
1775 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-05
1523 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-05
183 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-03-05
647 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-03-05
172 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2025-03-05
168 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-05
1523 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-03-04
224 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-03-04
778 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android