Halo, Guru dan pasukan Supreme Master TV yang dikasihi! Terima kasih, Guru Agung, atas Kasih Sayang dan dedikasi tak berhujung Guru kpd semua makhluk. Terima kasih, pasukan Supreme Master TV, atas usaha berterusan dan dedikasi ikhlas kalian.Pada 19 Mac 2023, saya alami mimpi yang agak mengagumkan dan bertuah di mana saya nampak Guru berjaya berunding dengan Syurga! Semasa rundingan, Guru menulis seluruh halaman yang ada syarat perjanjian. Beliau bacanya kepada kami dengan serius sekali, berkata bahawa Bumi tidak akan atau tidak dibenarkan untuk dihapuskan. Namun, manusia akan perlu dibersihkan secara berulangan sehingga Vegan Sedunia dan Keamanan Dunia wujud di sini secara berkekalan.Terima kasih, Guru, kerana berikan mimpi yang begitu menakjubkan dan istimewa kepada saya. Saya berharap mimpi bertuah ini akan menjadi kenyataan. Saya secara ikhlas berharap manusia akan segera sedar untuk menjadi orang vegan bagi menyelamatkan diri dan Bumi. Semoga setiap orang menemui semula belas kasihan dan kemurahan hati inheren untuk sayangi semua orang-haiwan dan juga kediaman Bumi kita. Semoga Guru sentiasa cantik, sihat dan ceria! Semoga semua hasrat baik pasukan Supreme Master TV menjadi kenyataan! Dgn penuh hormat, Yi-Ping dari ChinaMendengar mesej Guru tentang tiga pilihan yang Guru ada, saya rasai gesaan untuk menulis dan berkongsi visi dalaman berikut dengan Guru. Saya tahu Guru akan berjaya menempuhnya dan masih berada di sini bersama kami untuk banyak tahun lagi yang akan datang. Saya memang sangat percayai itu kerana saya nampak betapa kuatnya Cahaya Guru (seperti yang dikongsi dalam suluk tujuh hari sebelumnya di Taiwan (Formosa) pada 2019). Cahaya Guru yang sangat kuat dapat bersihkan sebarang karma, karma dunia ini pun, cuma Syurga tidak boleh benarkan Guru gunakannya kerana manusia, setakat ini, tidak cukup layak untuk Guru berbuat demikian. […]Dalam suatu visi dalaman yang berlaku pada musim bunga 2012, saya ternampak akan ada keamanan di Bumi. Semua malaikat dan makhluk Syurga begitu gembira. Sementara mereka turun dari Syurga ke Bumi untuk meraikan peristiwa penting ini, mereka umumkan, “Keamanan di Bumi akhirnya!” […]Saya juga membaca bahawa terdapat orang yang dapat pergi ke masa depan sama ada melalui NDE (Pengalaman Hampir Mati) atau hipnosis. Seorang lelaki kebetulan pergi ke tahun 2100 sesuatu dan mendapati bahawa orang di Bumi pada masa itu tidak akan ada produk orang-haiwan lagi dalam diet mereka. Terdapat harapan yang besar bagi dunia vegan. Keseluruhannya, saya amat percaya bahawa Guru akan masih berada di sini bersama kita selama banyak tahun lagi untuk membimbing kita pulang ke Rumah Asal kita di Syurga. Saya memang berharap semua Buddha, Bodhisattva Besar, Santo dan Orang Suci di semua arah dan semua Dewata akan sentiasa mencari jalan untuk melindungi dan membantu Guru melaksanakan misi Guru untuk selamatkan dunia ini. Eric dari Amerika SyarikatDan lain-lain…
Domain fizikal adalah berbeza. Sama seperti roh adalah suci, tidak rumit dan sangat kuat, berkuasa, tetapi roh tak dapat jelmakannya di dunia luar kerana kita ada minda, otak, badan fizikal dan idea pratanggap yang diajarkan dan telah begitu banyak mempengaruhi dan mencemari diri kita. Sebab itulah kadangkala orang memikirkan perkara baik dan berbuat baik. Pada keesokan harinya, mereka buat sebaliknya hanya kerana kadangkala mereka dapat menembusi halangan, kadangkala tak dapat. Macam itulah.Photo Caption: Bulan Pun Mengubah Bentuknya Jadi Semua Orang Boleh Mengubah Hati untuk Menjadi Insan yang Lebih Baik!Amalan Meditasi Quan Yin ialah Jalan Terus Menuju Tuhan, Bahagian 6 daripada 9
2025-03-06
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi kita perlu cuba mengehadkan biksu dan guru spiritual palsu yang hanya gunakan iklan jenis perhubungan awam untuk membuat diri besar. Mrk ada teknik untuk lakukan semua itu. Mrk ada teknologi tinggi yg mencukupi. Mereka kumpulkan orang yg mencukupi untuk bantu mereka lakukan segala jenis perkara ini. [...] Tetapi masalahnya, saya risau tentang kesan amnya. Lagi banyak kuasa negatif berkumpul macam itu lagi buruk negara itu akan jadi, di mana-mana pun mereka, lagi banyak bencana, lagi banyak kesusahan di negara, lagi banyak tekanan perang daripada negara lain, misalnya macam itu. Itu apa yang saya khuatiri.Tapi saya berfikir... Saya tertanya-tanya sama ada saya harus beritahu anda ini. Saat, saya akan tanya sama ada saya dibenarkan utk beritahu. Bulan lalu saja, kita ada upacara inisiasi baharu dan sebanyak 390 orang masuki keluarga kita sebagai saudara-saudara yang diinisiasi ke dalam amalan meditasi Quan Yin. Lebih banyak lagi akan datang pada bulan Mac. Jadi sebenarnya orang telah berubah. Saya rasa Supreme Master Television juga merupakan alat yang baik untuk mengingatkan mereka.Sekarang, ya Tuhan, saudara anda begitu hebat. Sekarang mereka buat bertrilion-trilion Supreme Master Television Max dan Doa Paling Penting (Berkuasa), paparkannya di internet. Keadaan sentiasa menjadi lebih baik. Begitu impresif! Sementara anda menonton Supreme Master TV biasa pun, terdapat bertrilion-trilion Doa atau skrin di sekelilingnya, hanya garisan yang sangat halus di sekeliling skrin anda. Ini mengandungi bertrilion-trilion skrin Supreme Master Television yang lain, skrin yang sama atau Doa Paling Penting (Berkuasa) kepada Tuhan pun.Oh, saya begitu gembira! Tapi dah tentu, saya tak begitu sabar. Saya mahunya disiapkan semalam lagi. Saya mahukan keamanan dunia dan vegan ini sebelum saya dilahirkan secara fizikal lagi. Tetapi kita perlu sabar.Sesetengah daripada anda tanya saya mengapa kita perlu bersyukur kpd Tuhan untuk Vegan Sedunia, Keamanan Dunia tetapi masih ada peperangan. Tidak, anda tak nampak, banyak keamanan sudah datang: keamanan Yaman, keamanan Syria, Gaza berhenti bertempur, dan kawasan lain, dan sebagainya... Ada dikatakan bahawa Hamas akan meninggalkan Gaza dan mungkin Amerika akan menjaga Gaza supaya tiada peperangan antara mereka, antara orang Palestin dan orang Yahudi. Dan ada banyak rundingan damai lanjutan tentang keamanan bagi perang Rusia dan Ukraine (Ureign) yang dipimpin oleh Presiden Trump dan kerja berpasukan-Nya. Saya gembira dengan keadaan menjadi lebih baik, sekurang-kurangnya bagi orang Amerika Keadaan kelihatan lebih cerah sekarang bagi orang, jadi mereka tak perlu bazirkan begitu banyak wang cukai hasil titik peluh hanya untuk beberapa orang berhak istimewa yang buruk. Saya sangat gembira dengan itu.Di Âu Lạc (Vietnam) pun, saya lihat negara itu telah banyak berubah. Mereka begitu banyak menjaga hidupan liar, orang-haiwan dan ada banyak undang-undang, banyak taktik terancang untuk menjejaki penjenayah jahat, untuk perlindungan orang-haiwan dan sebagainya. Saya begitu gembira. Saya terkejut membaca semua itu dalam berita Âu Lạc (Vietnam). Saya tiada masa untuk baca semuanya kecuali yang penting. Saya juga minta anggota pasukan saya di Âu Lạc (Vietnam) supaya tinjau lebih banyak berita untuk saya kerana saya berseorangan. Saya tiada banyak masa untuk meninjau semua berita. Dan juga, mungkin mereka tinjaunya dengan lebih baik di negara asal sendiri. Saya begitu gembira dengan Âu Lạc (Vietnam) telah menjadi negara yang jauh lebih bertamadun dalam perlakuan terhadap orang, rakyat dan orang-haiwan. Boleh lagi baik, dah tentu, tetapi akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.Jika dunia kita ada vegan dan keamanan sebagai suatu norma bagi semua negara, maka kita akan nampak Firdaus di Bumi, pasti macam itu. Jadi walaupun maya, kuasa negatif cuba bersungguh-sungguh untuk menghambakan orang di planet kita dan timbulkan lebih byk pembunuhan, peperangan, namun kuasa positif masih sangat kuat dan sentiasa menjadi lebih kuat sekarang.Bulan lalu, saya telah musnahkan seluruh satu alam, alam yang mengeluarkan tenaga tempur, bunuh, berikan pengaruh ganas kepada planet kita, menyemarakkan lebih banyak peperangan dan kemusnahan berkaitan kpd dunia kita, membuat orang dan semua makhluk di sini semakin banyak menderita dengan teruk, lebih banyak daripada yang disebabkan oleh karma mereka!!! Penghapusan Alam Tempur akan mengurangkan tenaga bunuh, membuat dunia kita menjadi lebih kuat untuk menentang peperangan dan entiti pemusnah yang lain supaya lebih cepat tibanya keamanan dan peristiwa baik!Itu dipanggil ‘Alam Tempur’. Seperti yang saya dah kata, di dalam dunia kita ada banyak alam yang bergabung. Sebab itulah karma begitu mengelirukan, bercampur aduk, kuat dan berkuasa. Kumpulan kerja, ejen positif seperti kita bekerja keras sekali dan sukar tetapi kita menang. Kita menang. Kita menang. Banyak kemenangan. Kita turut menangi alam dan kumpulan ganas yang lain juga! Banyak kerja tetapi semuanya berbaloi! Kita semua menjadi amat rendah diri dan bersyukur atas Rahmat Tuhan!Namun, terlalu banyak alam tetap bergabung di dunia ini. Jadi ini buat keadaan menjadi rumit dan bukan senang utk kendalikan semuanya, jadi hanya satu pada satu-satu masa. Alam Tempur itu malah begitu dekat dengan saya atau sentiasa menyerang saya tetapi akhirnya mereka semua hilang. Saya akan bekerja bersama Syurga untuk mengasing-asingkan mereka, ke mana nak hantar saki-baki roh mereka, jika mereka masih ada roh atau ada roh. Kita perlu mengasing-asingkan mereka dan menjaga mereka. Saya dah lakukan sebahagiannya tetapi masih ada sedikit baki sehingga selesai.Itu bukan alam yang besar sangat, hanya… Biar saya ingat. Hanya 300,000 entiti di alam itu, dipanggil Alam Tempur, tapi timbulkan terlalu banyak gangguan dan bangkitkan peperangan di mana-mana pada bila-bila saja boleh. Kita ada banyak alam yang berlainan. Contohnya, alam hukum, alam sihir hitam dan segala jenis alam, banyaknya. Saya tiada masa untuk senaraikan semuanya untuk anda. Tak perlu. Tak perlu. Hanya tahulah bahawa jika kita alihkan perhatian, keinginan atau perbuatan kita ke arah sifat yang sama dengan mana-mana makhluk di alam itu, maka kita akan diheret ke sana utk hidup, tinggal di sana dan menahan segalanya yang berlaku di alam itu. Jadi ingatlah akan Tuhan. Berakhlak mulia!Jadi kita menang. Dah tentu, anda tanya saya mengapa kita bersyukur kepada Tuhan atas Vegan Sedunia, Keamanan Dunia tetapi kita belum ada Vegan Sedunia dan Keamanan Dunia sepenuhnya. Ya, ia sudah disiapkan. Vegan Sedunia, siap. Keamanan Dunia, siap. Apa-apa yang diputuskan di Alam Tertinggi, sangat pantas, kurang daripada satu nanosaat, siap. Cuma apabila ia harus terjelma di dunia kita, itu mengambil masa yang sangat panjang. Dah tentu, saya kecewa juga seperti anda tapi apa yang nak dibuat? Teruslah berdoa macam itu, bersyukur kepada Tuhan kerana ia sudah disiapkan, cuma mengambil sedikit masa untuk melalui halangan di banyak peringkat yang lebih rendah dan melalui dunia ini. Kita tetap perlu bersyukur kpd Tuhan, seolah-olah Vegan Sedunia, Keamanan Dunia sudah wujud kerana ia seharusnya dah wujud, cuma terhalang oleh ruang dan masa sehingga ia terjelma di dunia ini.