Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada zaman dahulu, orang berkata bahawa seseorang perlu menyucikan diri dulu, sendiri mengamalkan semua prinsip, kemudian dia dapat menguruskan keluarga dengan betul. Kemudian jika mahu, dia boleh masuki sistem kerajaan dan menguruskan negara. Kemudian dia malah dapat mendamaikan dunia. Jika setiap negara ada kerajaan yang murni, bersih, lurus dan benar-benar bekerja untuk rakyat yang membayar kepada mereka – rakyat membayar kepada kerajaan melalui cukai – jika semua kerajaan negara bersih dan murni, maka dah tentu, setiap negara akan menyumbangkan keamanan kepada dunia.Jadi hanya dengan bercakap tentang menjadi suci dan bersih dan mengganggu rakyat yang kesian takkan membuat negara, kesatuan atau kumpulan negara anda menjadi lebih baik kerana anda sendiri bukan contoh yang baik, terserlah. Undang-undang hanya membuat rakyat rasa nak menentang kerajaan jika undang-undang itu tidak dipatuhi oleh kerajaan sendiri. Saya hanya berikan satu contoh. Walaupun banyak negara ada undang-undang untuk melindungi orang-haiwan, berkata, “Tak boleh ganggu orang-haiwan, tak boleh mendera sebarang jenis orang-haiwan, tak boleh membuat orang-haiwan rasa tidak selesa,” dan sebagainya, namun mereka masih benarkan rumah sembelih membunuh, menyerang, menyembelih orang-haiwan dan ganggu mereka setiap hari semasa mereka berada di dalam sangkar. Buat apa mrk buat undang-undang ini? Tiada sesiapa yang mematuhinya. Hanya bazirkan wang saja letak hakim, penggubal undang-undang di atas kerusi, kelihatan elok dan berkuasa. Dan... Ya Tuhan, saya tak nak memikirkannya.Itu memang buat saya rasa tidak selesa. Itu akan buat saya rasa sangat hampa dan kecewa. Dah tentu, saya merisikokan keselamatan diri bercakap macam ini tetapi kita tak boleh tak bercakap tentangnya kerana kerajaan mengganggu, menyalahkan rakyat tetapi mereka sendiri tidak lihat bagaimana rakyat menjalani kehidupan, bagaimana rakyat perlu menghadapi kesusahan. Kadangkala mereka tak dapat cari pekerjaan pun, jadi terpaksa pergi mencuri, merompak dan buat perkara seumpamanya.Kemudian jika orang begitu murung, tak begitu meminati kerajaan, negara mereka atau kehidupan yang dijalani, mereka akan terperdaya untuk mengambil dadah, alkohol dan sebagainya, membuat diri jatuh sakit. Kemudian wang cukai akan perlu disalurkan ke hospital untuk menyembuhkan mereka. Itu pun jika orang itu dapat disembuhkanSelain itu, itu bukan masalah kerajaan saja. Itu masalah agama kerana agama hanya bercakap tentang teori tetapi pengikut tidak mengamalkan teori itu. Sama seperti jika anda sentiasa baca buku perubatan tetapi tak pernah benar-benar amalkannya, maka anda tak dapat menjadi doktor. Pengalaman melahirkan pakar. Itu apa yang kita katakan tetapi tidak lakukan. Kita tak banyak belajar. Kemudian hidup begitu susah.Segalanya buatnya menjadi begitu susah. Anda perlu bayar begitu banyak cukai. Anda perlu bekerja keras sekali. Anda hanya ada sangat sedikit, cukup makan saja. Ada 99% daripada orang di dunia yang berada dalam situasi ini, atau separuh daripadanya mungkin lebih baik sikit daripada separuh bawah tetapi separuh bawah dah banyak. Orang hidup miskin, risau dari satu hidangan ke hidangan seterusnya, dari satu bil ke bayaran seterusnya. Hidup di dunia ini hanya untuk terus hidup saja, kelihatan macam suatu kesusahan yang sangat, sangat besar.Banyak kerajaan tidak ambil berat tentang bagaimana rakyat hidup. Jika mereka tak bayar cukai, maka mereka menghukum mereka atau cuba sebarang cara untuk dapatkan harta benda mereka. Meskipun keluarga termasuk kanak-kanak terpaksa pergi ke jalanan, hidup dalam kesejukan, di dalam khemah atau apa-apa pun, tidak banyak kerajaan yang peduli. Sebaliknya, mereka malah gunakan wang itu untuk pergi bunuh rakyat negara lain. Kemudian banyak negara yang lain juga perlu curahkan wang cukai untuk menyokong negara mangsa dan sebagainya, selama-lamanya. Kita tak dapat tahu berapa gila bangsa manusia ini, memang.Tuhan begitu banyak berkati kita dengan ciptaan baharu, dengan kehidupan yang lebih selesa sepanjang masa, hari demi hari, menjadi semakin baik. Tetapi tidak, sesetengah kerajaan tak peduli pun tentang sudah nikmati itu. Mereka hidup mewah dan tak peduli. Mereka curahkan semua wang cukai yang rakyat peroleh dengan darah dan air mata, curahkannya ke dalam peperangan untuk bunuh orang lain yg miskin juga yang cuba hidup dengan peluh dan air mata. Jika ini bukan gila dan jahat, maka apa itu?Bukan itu saja. Ada juga orang yang tiada apa-apa yang lebih baik untuk dibuat daripada menjadi paderi dan biksu dan bercakap karut, bukan hanya cakap karut yang tak memudaratkan tetapi menyesatkan orang. Memperdaya orang hanya untuk mendapat byk wang dan hidup mewah, tinggal di rumah yang bernilai berjuta-juta dolar, miliki jet peribadi dan sebagainya, miliki segalanya yang mereka mahu hanya dengan menjual Bible atau menjual kitab. Itu pun jika mrk hanya buat begitu saja. Mereka malah menyesatkan orang dengan salah mentafsirkan kitab, malah memfitnah Guru asal mereka sendiri seperti Nabi Isa, mempersendakan Tuhan dan sebagainya, mempersendakan Buddha, seolah-olah Buddha berbohong tentang Alam Suci Amitabha atau Buddha berbohong tentang neraka. Ya. Biksu sebegini, paderi sebegini datang dari mana? Mereka belajar daripada mazhab apa? Tiada apa-apa pun. Mereka pasti datang dari neraka. Dah tentu, anda boleh lihat mereka bekerja untuk maya.Beberapa hari yang lalu, saya sedang duduk di sana selepas kerja, berehat kerana saya banyak bekerja. Saya bekerja terlalu keras bagi badan kecil saya tetapi saya tak kisah, cuma saya duduk dan berfikir, “Betapa kesiannya.” Saya begitu risau tentang orang yang telah disesatkan atau akan disesatkan oleh pekerja maya palsu, seperti paus, seperti paderi yang memperkosa kanak-kanak, seperti Trần Tâm atau Rumaji yang malah memperkosa kanak-kanak, dan seperti sesetengah biksu yang menyesatkan orang, buat mereka percaya bhw Buddha tidak wujud atau Buddha Shakyamuni berbohong tentang Alam Suci, tentang Bodhisattva Kṣitigarbha dll. Saya begitu risau. Saya rasa begitu bersimpati. Jadi saya tanya Tuhan, “Tolonglah, ada apa-apa yang boleh kita buat? Jika tidak, banyak orang akan jatuh.”Kemudian Tuhan beritahu saya, “Jangan risau tentang orang.” Saya kata, “Okey. Ada terlalu banyak, aku tak dapat risau, tetapi seperti Ruma, gunakan namaku untuk memperdaya orang. Dia dari neraka, kemudian dia akan bawa orang ke neraka. Aku rasa begitu bersimpati. Mereka semua akan terperdaya oleh maya dalam hayat ini, oleh syaitan.” Jadi Tuhan berfirman, “Jangan risau tentang mereka.” Saya terkejut. Saya kata, “Tetapi mengapa tidak?” Jadi Dia berfirman bahawa orang yang mengikut guru palsu sebegini seperti Trần Tâm, atau namanya Ruma, mereka sudah pun daripada maya. Oh, saya terkejut! Saya kata, “Okey, mungkin, orang yang sehaluan berkumpul bersama. Tapi bagaimana dengan sesetengah kononnya anak murid Tuhanku, sekurang-kurangnya beberapa daripada mereka masih mengikut atau percaya kepada dia?” Dia berfirman, “Oh, secara rahsia ini ialah pengikut maya! Mereka mengikut maya.”Oh, ini kali pertama Tuhan buat saya mengetahui ini! Saya tak pernah berfikir macam itu sebelumnya. Saya sentiasa rasa bersimpati dengan orang dan risau betul tentang siapa yang mereka percayai, ttg mereka akan binasakan roh mereka dan tentang mereka akan perlu pergi ke neraka dengan mengikut jalan yang salah. Hari itu, Tuhan biar saya lihat kebenaran adalah macam itu. Jadi saya berhenti risau sekarang. Saya bersyukur kepada Tuhan atas itu. Jika mana-mana daripada anda risau, maka anda tak perlu. Apa-apa pun. Tetapi saya tetap tak boleh rasa tenang. Kadangkala saya secara tak sengaja ternampak seperti iklan Ruma di YouTube, contohnya. Saya terasa nak… Saya rasa mual, begitu... Ya Tuhan, lebih baik tak bercakap tentangnya. Saya rasa mual sangat.Sampah yang begitu buruk macam itu. Boleh hidup dengan harta benda orang dan membuat diri kelihatan penting. Ya Tuhan. Lebih baik kita tak bercakap tentangnya. Tapi saya rasa lebih senang lepas Tuhan beritahu saya bahawa orang yang percaya kepada dia, bekerja untuk dia, bekerja bersama dia atau bantu dia dengan sebarang cara, mereka ialah pengikut maya secara rahsia, meskipun mereka ialah kononnya anak murid Tuhan dan diinisiasi oleh saya. Itu masuk akal kerana sesetengah orang masuk hanya untuk mengintip kumpulan saya juga. Itu saya telah dapat tahu beberapanya. Sesetengahnya masuk hanya atas sebarang sebab yang lain, bukan atas sebab mulia, seperti tak nak mengenali Tuhan atau apa-apa pun. Terlalu banyak perkara dan tidak… Terlalu buruk, saya tak dapat sebut semua itu.Photo Caption: Laluan yang Tidak Asing ialah Jalan Pulang ke Rumah