Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
En. Elon Musk, anak anda begitu kacak dan kelihatan begitu cerdik, sama seperti bapanya. Mungkin dia akan ada masa depan yang cerah dan juga akan buat sesuatu untuk negara anda tetapi bukan sekarang. Biarlah dia nikmati zaman kanak-kanak yg tak tahu apa-apa dan apa-apa yg berlaku, kita akan lihat. Apa-apa yang berlaku, kita akan lihat. Kita akan ada masa yang mencukupi untuk lihat atau/dan melatih dia. Lindungilah anak anda. Lindungi dia daripada tenaga yang mengelirukan atau tidak damai daripada situasi bertengkar. Lindungi dia daripada semua itu. Walaupun dia kelihatan macam tak dapat faham pada usianya, namun rohnya faham. Rohnya faham dan hatinya akan rasainya. Keupayaan intuitifnya akan menerima segalanya. Jadi jauhkanlah dia daripada semua itu.Dan En. Musk, lebih-lebih lagi, LINDUNGI ANAK ANDA DARIPADA RISIKO BAHAYA YANG MUNGKIN! Anda tahu apa maksud saya... Saya sayangi anak anda. Dia begitu menawan. Tolonglah jaga dia. Maafkan saya jika saya menyinggung perasaan anda. Semoga anda, anak, keluarga dan kawan anda selamat sejahtera. Terima kasih kerana bantu Amerika. Terima kasih kerana membantu dunia dengan membantu Presiden Trump. Tuhan berkati anda. Tuhan berkati anda, lelaki kacak, lelaki kaya, lelaki berkuasa. Saya gembira dgn kami ada anda di dunia ini.En. Musk, lebih-lebih lagi, jangan tawar hati tidak kira apa yang orang katakan. Orang ialah orang. Mereka semua ada pendapat, pemikiran, konsep yang berbeza-beza. Buatlah saja apa yang anda rasa betul, bantu Presiden Trump, bantu Amerika Syarikat, dengan itu membantu dunia, hasilnya. Terima kasih sekali lagi, secara berulang kali. Semoga Tuhan buat anda kekal kuat sihat, ceria dan cerdik untuk terus membuat apa yang anda buat – khidmat mulia, tanpa syarat, tak mementingkan diri. Tuhan berkati anda. Saya amat berterima kasih kepada anda dan maafkan saya jika saya menyinggung perasaan anda.Saya tahu anda ialah Raja Kekayaan dan Kemakmuran di Syurga. Kita saling bertemu di dalam di alam spiritual. Jadi ini hanya nasihat kecil saya. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu Presiden Trump, kerana membantu Beliau bermakna membantu Amerika dan membantu dunia juga. Banyak orang akan mencontohi gaya hidup anda, keputusan anda, kecerdasan anda, cara hidup jujur anda, belas kasihan anda, sifat baik, mulia anda dalam membantu orang lain, membantu negara dan membantu dunia. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Tuhan terus berkati anda, keluarga dan kawan anda dan semoga anda boleh ada kekuatan yang mencukupi untuk terus menjalankan misi mulia anda. Amin, En. Elon Musk.Ya, kita biarkan saja semua orang hebat ini sendiri membuat kerja mereka.Sekarang, semalam saya mengimbas berita untuk Supreme Master TV kami, berita yang anda lihat kadangkala ialah sumbangan saya dalam rancangan selepas Berita Wajar Diberi Perhatian yang berjudul ‘Berita Penstriman Harian’ oleh pasukan berita. Oleh sebab saya mengimbas berita tentang orang-haiwan yang lucu atau situasi-situasi yang berlainan di dunia, segala-galanya – ciptaan sains baharu serta perkara ini dan itu,kemudian saya nampak beberapa artikel video tentang orang yang tinggal di hutan belantara dan kawasan yang paling sejuk di seluruh dunia. Di Siberia, contohnya, saya lihat dua orang. Seorang ialah wanita. Dia dah tinggal di sana selama 70 tahun dan masih tinggal di sana, di kawasan belantara yang paling sejuk di Siberia. Sebelumnya dia di sana seorang diri kerana semua ahli keluarga telah mati. Sebab keluarganya pergi ke sana adalah kerana negara itu berada di bawah Stalin dan keluarganya begitu takut akan rejim di bawah Stalin ini sehingga meninggalkan bandar, tinggalkan mana-mana saja mrk berada dan masuk jauh ke dalam hutan rimba.Tiada apa-apa pun di sana kecuali orang-beruang, -serigala, -musang dan orang-haiwan besar lain yang boleh hidup. Pada musim sejuk, suhu boleh mencecah -71 darjah Celsius, atau Fahrenheit, saya dah lupa. Tak apa, itu kedengaran sangat sejuk bagi saya, terlalu sejuk. Tempat tinggal saya sangat sejuk. Salji turun kadangkala tetapi tak begitu sejuk, mungkin beberapa darjah di bawah sifar, tetapi bukan 71, bukan kawasan paling sejuk di planet ini.Selama 20 tahun, dia malah ditinggalkan sendirian selepas ahli keluarganya meninggal kerana di hutan rimba, sesuatu berlaku, mungkin cuaca atau sesuatu, jadi hasil tuaian mereka hilang. Saya masih ingat, saya lihatnya dalam satu lagi video di sesuatu tempat mengenai wanita yang sama ini. Ibunya terpaksa berlapar supaya anak dapat terus hidup tetapi kemudiannya bapanya mati juga, adik-beradiknya mati juga. Jadi semuanya mati, hanya dia ditinggalkan sendirian.Suatu kali, keluarganya ada satu benih gandum yang kecil saja untuk disemaikan di dalam tanah bagi menghasilkan gandum. Mereka hanya ada sebiji yang tertinggal. Mereka tak nak kembali ke bandar pun kerana mereka begitu takut pada Stalin, kerana banyak saudara-mara mereka atau ahli keluarga yang lain mati, sesuatu macam itu. Jadi mereka melarikan diri. Mereka hanya ada satu ranting gandum yang tertinggal. Mereka simpannya, kemudian lepas itu mereka menanamnya dan ia menjadi ladang kecil. Itu bagaimana mereka terus hidup dengan makan itu, kemudian perlu mengutip apa-apa saja di dalam hutan. Mereka tak berani pulang. Sebab itulah, suatu kali ibunya berkorban dan mati kelaparan untuk biarkan anak-anak terus ada makanan untuk dimakan, hanya sesedikit mungkin tetapi mereka terselamat. Tetapi ahli sains, ahli geologi atau sesuatu pergi ke sana dan tinggal bersama mereka, melawat mereka atas sesuatu sebab, mungkin ingin tahu. Kemudian oleh sebab salah seorang ahli sains hidapi penyakit, jadi dia jangkiti seluruh keluarga itu. Nasib baik wanita itu tiada apa-apa yang tak kena. Hanya adik-beradiknya meninggal dunia. Kemudiannya, bapanya meninggal juga.Tetapi selepas itu, dia masih terus tinggal di sana seorang diri. Oh, hebatnya ini! Saya tak rasa saya dapat buat begitu. Kesejukan sebegini dan kekurangan segala-galanya: tiada makanan, tiada orang, tiada sesiapa pun di sekeliling. Dia terus hidup macam itu.
Excerpts from “Surviving in the Siberian Wilderness for 70 Years” by VICE — Apr 10, 2013, Narrator: Takut akan penindasan dan kematian dalam tangan Stalin, bapa Agafia, Karp melarikan diri bersama keluarganya ke Pergunungan Sayan di Siberia pada 1936. Agafia dilahirkan di hutan belantara yg susah ini pada 1944. Keluarga Lykov hidup tanpa gangguan selama 40 tahun, membina kehidupan dalam persekitaran di mana suhu musim sejuk biasanya mencecah -30 darjah. Musim tumbuh pada musim panas adalah singkat. Banyak beruang dan serigala berkeliaran. Namun, makanan sentiasa sukar didapati.
Pada 1961, ibu Agafia, Akulina, biarkan dirinya mati kelaparan supaya anaknya ada makanan yang mencukupi untuk dimakan. Kawasan yang mereka diami sekarang lebih 160 batu (257 kilometer) dari bandar terdekat. Pada musim panas, kita boleh sampai ke kabin Lykov dengan menaiki kanu selama tujuh hari. Pada musim sejuk, walaupun kita pernah dengar khabar angin tentang laluan kereta salji yang berbahaya, namun hampir tak dapat didatangi dengan apa-apa pun selain helikopter.Pada 1978, sepasukan ahli geologi Rusia nampak ladang lereng bukit Lykov dari helikopter. Kemudiannya mereka mendaki masuk utk bertemu dgn mereka Itu hubungan dengan orang luar yang pertama yang keluarga Lykov ada dalam masa lebih 40 tahun. Ini menandakan berakhirnya pengasingan mereka. Mereka juga alami tragedi yang tak terkatakan apabila tiga orang anak yang lebih tua mati, setiapnya selang beberapa minggu, barangkali akibat pneumonia yang dijangkiti daripada lawatan oleh ahli geologi. Bapa Agafia, Karp kemudiannya meninggal pada 1988, 27 tahun selepas isterinya meninggal dunia. Jadi sekarang, 35 tahun selepas hubungan mereka yang pertama, Agafia ialah satu-satunya Lykov yang tertinggal, hidup dengan cara yang sama sejak dia dilahirkan dan satu-satunya cara yang dia tahu, bergantung hidup pada hasil bumi di salah satu persekitaran yang paling tidak sesuai didiami di Bumi.Reporter: Adakah sukar untuk hidup berseorangan di taiga?Agafia: Ya. Berseorangan di taiga, ya, terutama semasa kita menjaga keluarga.Reporter: Bolehkah seseorang hidup berseorangan di taiga?Agafia: Jika kita masih muda dan sihat. Bukan pada usia saya dan dgn kesihatan saya. Selepas saya lihat itu, saya rasa saya begitu bertuah. Hari ini, kita malah boleh ada kuasa suria untuk bekerja atau memanaskan badan, atau pek panas, apa-apa saja yg boleh saya miliki jika saya perlukan, malah selimut dan makanan. Kerana hari ini, kita tidak berperang dan boleh menaiki teksi, boleh pergi ke mana-mana saja, beli makanan dan pulang. Atau kita buat pesanan dalam talian, kemudian berikan alamat. Meskipun kita tiada kereta atau tak boleh dapatkan teksi, kita boleh berikan alamat, kemudian berada di sana, tunggu mereka datang dan bawa makanan pulang. Dari sana, pulang dengan teksi atau mungkin hanya berjalan pulang dengan troli.Begitu menyusahkan juga pun, seperti tiada air panas tetapi saya gembira. Jika saya tiada tugas di mana-mana, saya tak nak pergi ke mana-mana. Saya tak nak tukarkan kehidupan ini dengan apa-apa yang lain. Tapi tolonglah, jangan ikut saya, jangan meniru saya. Kita perlu ada keazaman yang kuat dan tidak selamat juga. Terdapat risiko juga tinggal di dalam hutan rimba dan menyusahkan dari banyak segi. Kita perlu benar-benar beri perhatian kepada setiap perincian dan rasa kuat di dalam. Jika tidak, mungkin kita terlupa akan sesuatu, jatuh sakit dan sangat sukar nak sembuh. Bukan perkara fizikal yang saya khuatiri. Saya khuatir akan kerja saya. Saya perlu kekal sihat. Jadi saya menjaga diri sebanyak yang boleh, dah tentu, tetapi itu bahagian yang paling sukar. Saya menjaga orang lain dengan agak gembira. Saya menjaga diri sendiri – saya tak suka. Sejak kecil lagi, jika bapa saya berikan ubat kepada saya untuk apa-apa pun, oh, saya larikan diri! Saya tak sukanya. Kemudian mereka perlu himpit saya ke atas lantai dan buka mulut saya dengan sudu untuk memaksa ubat masuk ke dalam. Tetapi sekarang saya dah besar dan lebih bertanggungjawab, makan ubat dan sebagainya, tetapi saya tetap perlu sihat.Tetapi jika tidak, kehidupan yang sederhana, saya suka. Saya memang suka jalani kehidupan sederhana, berseorangan dan senyap, kesenyapan supaya saya ada masa lapang – selepas membuat kerja Supreme Master TV, saya ada masa lapang. Saya boleh duduk dan berfikir, minum sedikit air panas atau sedikit teh, atau makan makanan sederhana, jika terlalu banyak kerja, terlalu banyak beban pada minda, jadi saya berehat macam itu. Sangat bagus macam itu. Sukar nak memasak terlalu banyak makanan. Saya tiada masa untuk uruskan semua itu seperti mencuci. Dengan air hujan, kita perlu berfikir juga. Kita tak boleh buat perkara secara berlebihan, tak boleh gunakannya secara berlebihan.Tetapi saya tetap rasa, begitu pun, saya lebih bertuah, lebih berkuasa drpd raja masa dahulu, raja zaman dahulu kerana raja zaman dahulu tiada internet, tiada telefon, tak tahu apa yang berlaku di dunia dan di negara mereka, di ibu kota sendiri pun. Semua berita ambil masa yang lama untuk sampai kepada mereka. Tetapi hari ini, kita boleh hanya buka internet, cari untuk seketika dan mendapat segala berita yang kita nak lihat. Kita tak perlukan banyak setiausaha. Kita tiada banyak sida-sida. Kita tiada banyak pengawal yang membuat apa-apa untuk kita. Kita buat segalanya sendirian. Kita tak perlu ada sida-sida untuk merasa makanan kita dulu utk lihat sama ada ia beracun atau tidak. Jadi berasa tenang dan relaks dari banyak segi.Photo Caption: Dunia yang Begitu Indah, Ciptaan Tuhan!