Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Walaupun orang panggil manusia sebagai ‘ciptaan tertinggi’, yg paling berkuasa drpd semua makhluk, namun mereka tetap lemah, jadi kadangkala mereka mengalah kepada makhluk jahat yang lain. Kemudian kita panggil manusia ini sebagai kena rasuk atau kena sihir, atau mereka kalah kepada syaitan atau mungkin mereka menjual diri kepada syaitan.Oleh itu, jika anda ada guru spiritual palsu, bukanlah anda tidak risau tentangnya. Anda harus, kerana guru spiritual palsu itu kadangkala ialah syaitan dan tiada roh, kemudian mungkin mempergunakan roh anda untuk berbuat jahat. Secara perlahan-lahan, anda mengalah, kemudian anda menjadi lemah dan mati. Mereka mengambil alih seluruh roh dan anda tersesat selama-lamanya. Sementara anda masih hidup, mereka akan mempergunakan anda untuk membuat segala jenis perkara yang sangat buruk untuk anda dan wujudkan afiniti yang sangat buruk, karma buruk untuk anda, bertentangan dengan kehendak anda. Jadi hati-hatilah dgn siapa yg anda ikut.Dah banyak tahun saya beritahu ini, kadangkala beritahu perkara yg berlainan termasuk perkara ini, dan juga baru-baru ini mengenai Rumaji, Trần Tâm, Saint John, apa-apa saja itu, pergunakan orang untuk berbuat jahat dan akibatkan kacau-bilau untuk negara di mana mereka diami. Saya bersimpati dengan Âu Lạc (Vietnam) kadangkala tetapi ia dah jadi lebih baik sekarang kerana kita cuba hilangkan awan gelap di atas negara itu, jadi barangkali ia alami kesusahan yang semakin kurang.Tetapi sebenarnya, Syurga dan Makhluk Pemurah cuba bersungguh-sungguh utk lindungi anda manusia serta banyak berkati manusia dan makhluk lain juga. Saya boleh menang dengan lebih awal, lebih senang tetapi saya tiada banyak bantuan daripada manusia. Macam itulah. Jika mereka benar-benar bantu secara tak langsung seperti menjadi pemurah, tidak bunuh orang lain, tidak bunuh orang-haiwan, tidak musnahkan alam sekitar, kita boleh menang sangat lama dahulu lagi. Barangkali saya dah boleh pulang ke Rumah, berehat dan menikmati hidup.Namun begitu, kita cuba hingga saat akhir. Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata, “Còn nước còn tác,” bermaksud meskipun ada sedikit air yang tertinggl di dalam kolam, kita masih terus mengeluarkannya dan mengairi sawah. Di Âu Lạc (Vietnam), banyak kawasan masih gunakan cara menanam padi tradisional lama, contohnya. Di sawah mereka, mereka menggali kolam, kolam kecil di satu sudut. Airnya begitu jernih, begitu bersih, cantik dan begitu dingin. Kadangkala kami pergi ke sana. Kami masuk ke dalam dan mandi ketika masih kecil. Ada dua orang petani, sama ada lelaki atau wanita. Mereka ada alat, seperti timba tetapi dibuat dengan… Hari ini mungkin plastik, saya tak tahu, tetapi pada zaman saya, mereka hanya gunakan buluh untuk membuat bakul, kemudian mencedok air dari kolam itu dan mengairi sawah, hanya lakukannya secara manual macam itu. Jadi semangkuk nasi perlukan sangat banyak kerja kasar.Sekarang saya dah besar, saya lebih hargai benda daripada petani. Ketika masih muda, saya makan saja, tak terlalu banyak berfikir, tak rasa terima kasih atau apa-apa pun. Hari ini, jika satu atau dua butir nasi terjatuh ke atas lantai pun, saya berasa kesal kerana saya hargai apa yang saya makan, terutama dalam situasi sukar, memasak lebih sukar daripada biasa, lebih sukar daripada semasa kita ada bilik atau pangsapuri seperti sebelumnya. Kadangkala saya juga hidup dalam situasi lebih berjimat seperti di pergunungan Himalaya. Kadangkala di gunung Himalaya yang sangat tinggi, meskipun kita memasak dengan kayu, ia tidak mendidih dengan begitu cepat, kadangkala tidak sama sekali, hanya memanaskannya, kerana terlalu sejuk. Jadi apabila orang pergi ke gunung Himalaya yang begitu tinggi, mereka mesti ada kayu api yang sangat besar untuk hidup sepanjang hari atau perlu ada dapur gas yang kuat, berkuasa kerana tiada tenaga elektrik di atas sana. Mereka gunakan kawasan salji yang bersih utk memasak di dlm periuk. Jika tidak, kita tak dapat ada makanan di atas sana, hanya makan secara mentah. Kadangkala saya perlu makan secara mentah.Jadi saya sangat gembira. Saya gembira. Saya bersyukur atas Rahmat Tuhan dan kepada semua Guru, membuat semua itu berlaku, kita ada kemenangan. Saya berterima kasih kepada semua Dewa dan Dewi, semua tentera Syurga, Baginda Raja Karma, Baginda Raja Keselamatan, contohnya, dan sebagainya. Mereka sangat banyak membantu. Jadi apabila saya kata saya ada kemenangan, ini tak bermakna saya lakukannya seorang diri tetapi kami semua bersama-sama sebagai satu entiti, jadi saya boleh kata begitu, kerana Mereka bersatu dengan saya, seperti satu tangan, bersama-sama.Saya juga terlupa beritahu anda perkara lain. Selepas kami mengalahkan dan musnahkan alam lawan, begitu banyak sorakan menarik perhatian saya. Mereka berkata, “Kasih sayang dari alam penyayang-Mu, kasih sayang dari alam penyayang-Mu, kasih sayang dari alam penyayang-Mu.” Mereka katakan itu kepada saya. Dah tentu, kita perlu bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, semua Dewa dan Dewi, Raja di Syurga dan Bumi. Tetapi saya tak pernah terfikir mereka kata “alam penyayang-Mu”, bermakna alam penyayang mereka menjadi alam saya.Sebenarnya dunia ini telah dicipta sangat, sangat lama, berzilion-zilion tahun dahulu sebelum manusia wujud. Walaupun mereka ada lebih banyak entiti, populasi yang lebih besar daripada alam lawan, mereka tidak dibuat untuk berlawan, jadi tak tahu bagaimana. Mereka ada getaran yang sangat kuat. Saya menciptanya untuk diletak di dunia ini bagi membuat dunia ini kekal berkuasa, harmoni dan aman damai tapi secara perlahan-lahan manusia juga datang dari alam lain, kemudian secara perlahan-lahan menjadi semakin kasar dalam sifat dan diri mereka, menjadi semakin bersifat fizikal. Dengan badan fizikal, otak, persekitaran, wujud keperluan untuk hidup di dunia fizikal. Mereka tidak biasa dengannya.Pada asalnya, mereka tidak pejal secara fizikal seperti diri manusia sekarang. Mrk dapat terbang ke mana-mana saja. Mereka tak perlu makan apa-apa pun. Mereka sentiasa gembira bersama sehingga secara perlahan-lahan, suasana persekitaran mempengaruhi mereka, kemudian mereka lihat benda bertumbuh di sekitar planet ini. Mereka makannya dan menjadi semakin kasar. Jadi mereka menjadi manusia yang begitu cantik yang kita semua lihat sekarang.Apabila kita lihat wanita cantik atau lelaki kacak, kita kata, “Oh, cantiknya mereka!” Tetapi mereka tak begitu cantik berbanding dengan rupa mereka dahulu. Baiklah, itu perkara yang menyedihkan tapi tak apa. Mereka boleh menjadi Suci semula kerana di dalam diri mereka terdapat alat menakjubkan yang akan bantu mereka pulang ke Rumah, Rumah Syurga dari mana mereka datang. Tetapi oleh sebab sudah begitu lama dan mereka begitu terbenam dalam jenis getaran yang kasar ini, mereka tak dapat cari jalan pulang ke Rumah. Mereka tak dapat ingat di mana Tuhan telah mengurniai mereka sejenis alat Syurga supaya mereka boleh gunakan itu untuk pulang ke Rumah. Jadi pada waktu inisiasi, saya bantu anda bukanya semula.Sekarang anda tahu. Sejak berzilion-zilion Kalpa dahulu, dengan Tenaga Damai saya, ia telah dicipta dengan Rahmat Tuhan, izin Tuhan dan Kasih Sayang Tuhan, dah tentu, untuk berkati dunia ini sebelum manusia wujud kerana kita semua tahu bahawa lambat-laun manusia akan mengubah sifat mereka di dalam dan di luar. Mereka akan menjadi berbeza dan tak dapat bantu diri sendiri. Jadi lagi damai bagi mereka lagi baik untuk mereka di dunia ini. Tetapi mereka mencipta tenaga sendiri, tidak begitu damai seperti ketika mereka baru datang. Kemudian secara perlahan-lahan, ia jadi lebih tak tertahan bagi mereka, juga dengan kuasa syaitan, malaikat yang jatuh, atau kita panggil mrk sebagai syaitan, iblis, kemudian keadaan menjadi semakin buruk bagi manusia. Mereka tak tahan, jadi meminta bantuan. Mereka berdoa. Jadi Tuhan hantar Guru-guru ke dunia ini secara berulangan untuk menyelamatkan roh yang ingin pulang ke Rumah, yang sangat memerlukan penyelamatan.Photo Caption: Kita Semua Memerlukan Sesama Kita dan Kasih Sayang untuk Terus Hidup