Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Pada waktu huru-hara, Petanda Tuhan terjelma: Akan terdapat guruh di langit, menggegarkan Syurga dan Bumi; banyak gunung akan berkecai, pulau dan tanah besar tenggelam; Bumi akan berubah, seluruh benua akan terkambus dan yang baharu akan muncul. Pada masa itu, manusia akan berasa sangat terkejut. Mereka takkan saling menembak dan membunuh lagi. Inilah waktu Buddha dan Makhluk Syurga mengadakan Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor untuk memilih orang mulia. Umat manusia akan berkurangan secara signifikan: daripada 10 orang, hanya 2 orang mulia terselamat.” Kita boleh bergantung pada Penyelamat, Messiah atau Raja Semua Raja untuk membimbing kita ke arah keselamatan dan Rumah Syurga. Q1: Guru kami (Guru Nguyễn Thành Nam) juga berkata bahawa lepas ini Buddha Maitreya akan datang tetapi BUDDHA MAITREYA AKAN MERUPAKAN ORANG ÂU LẠC (VIETNAM). Beliau berkata dengan jelas macam itu. Maitreya akan menjadi Orang yang mengadakan Perhimpunan yang Menakjubkan dan Penuh Glamor. Petikan daripada ‘Rancangan Tuhan untuk Maitreya: Siapa itu Buddha Maitreya? Di mana dan bilakah Dia akan muncul? Mesej dari Syurga’ oleh Thiên Tâm Linh – 11 Februari 2022 “ Orang ini akan muncul Di Vietnam, Pada masa yang sesuai Anak-anak, sediakanlah diri Untuk waktu kedatangan itu Jelmaan Maitreya Akan menjadi kegembiraan besar Bagi seluruh umat manusia DALAM MASA DUA TAHUN saja. “ Supreme Master Ching Hai (vegan): Saya beritahu anda sekarang: Saya ialah Buddha. Hanya kalau-kalau saya meninggal esok. Saya ialah Buddha yang sangat istimewa bagi tempoh malapetaka manusia ini. Percaya atau tidak, terpulang kpd anda. Saya tak berani berbohong di depan Tuhan Yang Maha Berkuasa atau semua Santo dan Orang Suci di seluruh Alam Semesta. Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nanti-nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nanti-nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu! Jadi jangan bazirkan masa anda yang berharga untuk menunggu lagi. Jadilah bermoral, memuji Tuhan yang kasihi anda dan menaikkan anda. Berterima kasih kpd semua Guru,Buddha atas segalanya yang diberikan kpd anda dan atas lebih banyak jika anda minta. Berterima kasih atas Pembebasan anda. Q2: Dalam visi dalaman, saya dibenarkan untuk melawat Syurga Tushita untuk sendiri melihat Guru ialah Buddha Maitreya. Di tengah-tengah Tushita yang penuh dengan Cahaya, tenaga, berwarna putih lembut, terdapat platform bulat yang ada binaan Cahaya keemasan seperti menara buatan tenaga yang meninggi. Kemudian saya nampak Buddha Maitreya, duduk bersila, mengapung ke bahagian tertinggi sambil memainkan Lagu Syurga dengan pelbagai alat muzik. [...] Cara Maitreya bergerak dan memainkan alat muzik, air muka dan karisma keseluruhannya membuat saya mengenal dengan pasti itu Guru. Dengan serta-merta tanpa sebarang fikiran lain, saya kata, “Ini Guru.” Q3: Suatu kali, saya nampak Guru dalaman. Guru memakai pakaian putih, topi putih dan memegang payung sebagai tongkat. Pada kali yang lain ketika bermeditasi pada Julai 2022, saya nampak perkataan ‘Maitreya (Di Lặc)’ dan Syurga berkata, “Maitreya (Di Lặc) ialah Guru, Mahaguru Ching Hai.” Q4: Ketika sedang bermeditasi di rumah api yang terletak di puncak bukit Akademi Buddha Larung Gar, saya alami visi dalaman gunung teratai salji yang ajaib bergerak dengan perlahan-lahan ke arah saya dari jauh. ‘Kunci kepada Antakala – Jalan Tengah’ tiba-tiba terbang ke tengah-tengah gunung bagai teratai salji suci itu, kemudian dengan serta-merta kembang mekar dan pancarkan cahaya semua warna yang menyilaukan mata bersama dengan bau harum! Pintu Terma terbuka dengan sendirinya tanpa disangka dan Buddha Maitreya terjelma di angkasa dan bersatu dengan badan cahaya Guru. Buddha dan Bodhisattva yang tidak terkira muncul untuk ucapkan tahniah dan raikannya bersama. DAN LAIN-LAIN… Untuk persembahan penuh, sila kunjungi: SupremeMasterTV.com/AP