Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 9 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di sini, Guru menjelaskan bahawa Kaedah Meditasi Quan Yin mendorong kita mengenali Diri, tidak perlukan pengetahuan agama terdahulu, hanya terus hidup secara beretika dan amalkan diet vegan jika anda belum lagi.

(Orang yang amalkan kaedah makrifat yang hampir tak dapat digambarkan ini, kaedah meditasi ini, adakah mereka perlu ada latar belakang atau latihan agama tertentu? Adakah mereka perlu ada bentuk kepercayaan agama tertentu?) Tidak, tidak sama sekali. Mereka tak perlu ada latar belakang agama pun. Mereka akan dibawa ke dalam pengetahuan tentang Diri, tentang Roh Agung. Itu waktu mereka menjadi benar-benar beragama. Agama hanyalah saki-baki, ajaran yang tertinggal daripada Guru zaman dahulu, pengajaran lisan, cara pengajaran teori yang setiap Guru ada, seperti yang diajarkan secara lisan – beritahu orang ini dan itu, dan yang satu lagi diajarkan dlm kesenyapan. Itu adalah yang paling penting. Tetapi dua bahagian ini bergabung menghasilkan Ajaran hidup. Jika tidak, hanya separuh saja.

(Adakah Guru rasa adalah penting, pada 1993 hari ini, orang yang amalkan apa yang Guru katakan ini berhimpun sebagai kumpulan untuk saling menyokong dalam proses ini, atau adakah itu penting?) Itu membantu disebabkan oleh tenaga kolektif dan mereka juga saling memberi galakan apabila mereka bersama. Mereka juga berkongsi keraguan atau impian bermakrifat yang mereka ada. Itu membantu tetapi bukan yang paling... Maksud saya, tidak wajib sangat. Kamu juga boleh beramal sendirian di rumah.

(Guru, bagi saya kedengaran macam apabila kami bercakap dengan Guru sekarang, agama yang lebih tradisional ada peraturan atau garis panduan, perkara yang mereka ikut, tetapi bagi saya kedengaran macam daripada apa yang Guru katakan, pengikut Guru tidak buat begitu banyak tetapi sebaliknya datang daripada pengetahuan dalaman sendiri. Adakah saya betul dalam ini, atau bagaimana Guru katakannya?) Betul, betul, betul. Kamu sangat bermakrifat, ya. (Terima kasih. Saya terharu dengan itu.) Tidak, kamu sangat petah berkata-kata. Ini bermakna kamu faham.

Bonnie: Terima kasih. Terima kasih atas itu. (Ya.) Saya ingin bercakap tentang hakikat bahawa baru-baru ini Guru, maksud saya, saya bercakap tentang 25 Oktober tahun ini, penerima Pujian Keamanan Antarabangsa. Ini Anugerah Keamanan Dunia yang diberikan kepada Guru oleh Gabenor (Datuk Bandar) Hawaii. Saya tertanya-tanya sama ada Guru boleh berkongsi dengan kami apa anugerah ini dan mungkin mengapa Guru terpilih. Apa yang membuat Guru dipilih untuk ini?

Master: Saya sendiri tidak tahu tetapi hanya dipanggil untuk menerimanya. Mungkin mereka putuskan bersama-sama bhw mereka harus pilih seorang wanita (Itu bagus.) sebagai suatu perubahan. Ya, jadi mungkin ini tahun wanita. Veteran wanita pun diakui. (Itu perkara baik.) Ya. (Terima kasih atas itu.)

Ya, kerana saya tak rasa saya buat begitu banyak untuk dunia. Maksud saya, barangkali saya buat lebih banyak dari segi rohani drpd fizikal Tetapi mana tahu apa yang TUHAN hendaki kita buat atau apa yang TUHAN hendaki kita ada. Apa-apa yang ingin diberikan-Nya kepada kita, kita tak boleh menolak. (Ya. Dah tentu, menerima anugerah ini meletakkan Guru di kedudukan di mana media arus perdana pun menemu ramah Guru dan di mana Guru menyebarkan mesej Guru. Saya ingin membuat pembetulan. Sebenarnya ini anugerah yang diberikan kepada Guru oleh Datuk Bandar Fasi. Jadi beliau datuk bandar) Ya, Honolulu, ya. (Honolulu, memang.) Beliau mewakili kerajaan juga – kedua-duanya.

(Saya juga ingin sebut bahawa Guru dan saudara seamalan-Nya dermakan kira-kira dua juta dolar kepada mangsa Gunung Pinatubo di Filipina, mangsa letusan gunung berapi itu. Baru-baru ini, Beliau dan pengikut-Nya janjikan $200,000 untuk bantuan kebakaran di kawasan yang musnah di sekitar Los Angeles. Sekarang kita cakap tentang wang di sini tetapi ini perasaan saya, Guru, bahawa wang ialah tenaga, dan ini, selain meditasi Guru yang dalam untuk Keamanan Dunia, ini juga suatu cara Guru membantu secara fizikal.) Betul, betul. Itu tenaga fizikal juga.

Jika kita gabungkan tenaga fizikal dan tenaga spiritual, mungkin itu akan menjadi lebih kuat dan lebih pantas. (Betul. Mungkin.) Ya. Saya gembira dgn kamu anggap wang sebagai tenaga. (Ya.) Kamu sangat tinggi kerana kebanyakan orang rasa wang hanyalah material. Itu tak sentiasa benar. Bergantung kpd bgmn kita gunakannya. (Memang.)

Jared: Saya pasti pendengar kami, Guru, berasa kagum. Saya sendiri kagum dengan jumlah dana yang mampu Guru berikan kepada orang dalam kesusahan ini. Saya rasa ingin tahu... Guru sudah berkata bahawa Guru akan pergi ke mana-mana saja Guru perlu pergi. Guru berada di Amerika sekarang dan saya memahami… Adakah sekarang Guru warga Amerika? (Kehormat, ya.) Kehormat? (Ya.) Okey. Adakah Guru jangkakan Guru akan habiskan lebih banyak masa di Amerika?

Master: Buat masa ini, saya ada perasaan yang sangat kuat bahawa saya akan berada di Amerika untuk seketika, beberapa bulan. Ya, sekurang-kurangnya. (Kemudian mana pula?) Saya sentiasa dijemput ke sana sini. Saya akan perlu memutuskan yang seterusnya, atau bermeditasi di kawasan yang paling perlu, yang seterusnya.

(Apa yang Guru rasa paling diperlukan oleh orang Amerika?) Seperti banyak orang yang lain di planet ini, kita perlukan lebih banyak makanan spiritual. Apa yang kamu rasa?

Jared: Saya rasa barangkali itu betul. Guru, sebenarnya, saya rasa adalah mengagumkan pada minggu lalu di Kawasan Teluk San Francisco, sebuah stesen berita TV yang utama ada satu siri di tengah-tengah waktu berita tetap yang bincangkan pencarian spiritual. Saya rasa itu mengagumkan. Sebenarnya mungkin Guru tak tahu tetapi saya ingin beritahu Guru bahawa itu sangat luar biasa bagi stesen TV komersial (Oh! Benar ke?) yang utama (Oh, itu bagus!) berbincang dalam siaran tentang pencarian spiritual orang. Saya akan kata, 10 atau 15, 20 tahun yang lalu, itu takkan berlaku. (Baiklah.) Tetapi sesuatu telah berubah di planet ini. Saya ingin tahu apa yang Guru rasa tentang… Kami ada banyak tetamu dalam rancangan kami yang pasti telah mengulas tentang hakikat bahawa nampaknya dalam beberapa tahun belakangan ini, terasa tenaga telah menjadi lebih pantas dengan sesuatu cara. (Betul.) Nampaknya kejadian berlaku dengan lebih pantas. (Betul.) Tembok Berlin, kejadian yang kita rasa tak mungkin berlaku telah berlaku. (Betul.) Apakah pendapat Guru tentang itu? Apakah pandangan Guru tentang itu?

Master: Ini bermakna kita telah menjadi lebih baik. Kita lebih banyak diberkati sekarang kerana kita lebih banyak beralih kepada erti hidup sebenar, perkara penting sebenar, seperti Roh, Diri sebenar, Pemberi segala benda dan bukan benda itu sendiri.

(Hari ini kami bercakap dengan Mahaguru Ching Hai. Beliau penerima baru-baru ini – dgn itu, saya maksudkan Oktober tahun ini – Pujian Keamanan Antarabangsa. Ini Anugerah Keamanan Dunia. Kita berbesar hati adanya Beliau di sini bersama kita.)

(Baiklah, kami ingin alu-alukan anda kembali. Bagi perkara itu, jika anda baru dengar, saya ingin biar anda tahu di mana anda berada. Ini Radio 2000, Lihat Melangkaui Batas, pengacara anda, Bonnie dan Jared. Kami gembira adanya anda bersama kami pagi ini sementara kami bercakap dengan Mahaguru Ching Hai.)

Bonnie: Saya dapati, Jared, bahawa banyak daripada anda di luar pasti ada soalan sendiri untuk tanya Mahaguru Ching Hai. Jadi apa yang kami syorkan hari ini, memandangkan Guru menelefon dari kawasan Los Angeles dan sukar sikit dengan teknologi kita untuk dengar suara anda... Kami tanya sama ada anda ingin tanya soalan sendiri kepada Guru. Anda menelefon Carolyn. Jadi sebenarnya anda takkan berada dalam siaran bersama kami tetapi kami pasti suka menyiarkan soalan anda.

Guru, kita bercakap tadi sebelum waktu rehat tentang hakikat bahawa Guru telah lebih banyak dikenal, sebagaimana sekarang, harap-harap, kerohanian umumnya lebih banyak dikenal di dunia zaman moden kita ini. Mungkin Guru boleh bercakap sikit tentang ahli politik. Saya tahu bahawa banyak ahli politik telah bertemu dengan Guru dan terpengaruh oleh Guru dan kata-kata Guru. Adakah Guru rasa umumnya ahli politik telah mula mengenal keperluan terhadap kerjasama spiritual yang lebih besar dalam kalangan orang?

Master: Ya, pasti begitu, Bonnie. Saya rasa kamu juga menyedari itu. (Cakaplah sedikit tentang beberapa orang pemimpin dunia yang bercakap dengan Guru.) Saya bertanggungjawab untuk merahsiakan ini.

Bonnie: Adakah mereka dengar kata-kata Guru? Maksud saya, adakah mereka... Biar saya tanya Guru ini. (Ya.) Kita sering dengar tetapi adakah kita benar-benar dengar? (Ya, saya tertanya-tanya juga.) Ya, apa yang saya persoalkan, mereka tanya Guru soalan mereka, adakah mereka dengar apa yang Guru katakan?

Master: Roh mereka akan dengarnya, Bonnie. (Okey.) Dan fikiran separa sedar mereka akan cernakannya untuk mereka. Ia akan masuki minda, kemudian ambil masa untuk menjelma.

(Guru sentiasa merujuk kepada Firman yang dikatakan, bahawa apabila kita benar-benar dengar, meskipun mungkin minda sedar kita tidak memahaminya pada ketika itu, sesuatu sedang beralih dan berubah. Betul tak itu?) Betul, betul. (Ya.) Ya. (Okey.) Ia berikan kesan. Jika tidak, kononnya Guru hidup tiada tempat. (Betul.) Ya. (Terima kasih atas itu. Memang.)

Jared: Apa jenis nasihat yang akan Guru berikan kepada orang yang... Kita dengar banyak suara spiritual yang berlainan, saya rasa, di dalam dan di luar. Saya rasa kebanyakannya di luar. Kita dengar dari, bukan sahaja kepada minda Barat, suara baharu dari Timur, dari Timur, dari bahagian Asia dan sebagainya. Kelihatan macam, saya pasti banyak orang rasa ada agama baharu yang muncul di jalanan hampir setiap minggu atau mungkin lebih kerap. (Benar ke?) Bagaimana seseorang tahu akan suara sebenar? Saya rasa kami pernah tanya ini sebelumnya tetapi bagi saya ini terasa macam soalan yang penting.

Master: Betul. Suara sebenar akan datang daripada keikhlasan sebenar kita. Bergantung kpd berapa ikhlasnya kita, kita akan menemui suara sebenar. Okey? Jadi sebenarnya kita tak boleh banyak bergantung kepada khabar angin atau sifat terkenal seseorang Guru, agama baharu atau apa-apa pun yang kamu panggilnya tetapi kita perlu bergantung kepada keikhlasan sendiri. Berapa banyak kita benar-benar mahu mengetahui Kebenaran? Berapa banyak kita ingin curahkan usaha untuk cari Kebenaran ini? Jika kita benar-benar ikhlas, tanpa syarat, maka kita akan benar-benar temui Guru tertinggi.

Bonnie: Adakah Guru kata tentang perkataan itu, ‘niat’? (Apa maksud kamu?) Perkataan ‘niat’. Kedengaran macam Guru gunakan... Guru berkata tentang perkataan ‘niat’, ada niat. (Ya, ya, niat. Keikhlasan kita, ya.) Keikhlasan niat.

Saya rasa Marilyn, salah seorang pendengar kami, menelefon dari sebuah tempat yang dipanggil San Anselmo di California Utara. Dia ada soalan ikhlas untuk Guru. (Ya.) Dia kata, “Bagaimana seseorang cari pekerjaan yang tidak merosakkan dari segi rohani dalam masyarakat yang tidak percaya bahawa kerohanian adalah sah pun?”

Master: Faham. Apa yang boleh saya katakan adalah dia cari apa-apa saja pekerjaan yang sejajar dengan hati nuraninya, dan dah tentu, dalam bidang latihannya. Kami tidak mengesyorkan orang tinggalkan pekerjaan mereka, ubah gaya hidup mereka atau apa-apa pun untuk mencari Kebenaran. Tidak perlukan sebarang pekerjaan tertentu. Kerja, maksudmu pekerjaan atau kerja? Sama, ya? (Sama.) Okey. Tiada masalah.

Kami langsung tidak minta orang tinggalkan pekerjaan mereka atau ubah gaya hidup mereka kecuali berubah kepada diet vegan jika mereka belum lagi. Dan dah tentu, amalkan cara hidup normal yang beretika, seperti “Kamu tidak boleh membunuh, tidak boleh mencuri, tidak berzina,” dan lain-lain. (Jadi Guru tidak minta orang meninggalkan semua benda duniawi tetapi sebaliknya membawa niat ikhlas ke dalam apa-apa saja yg mereka buat?) Betul, betul. Betul. Kita juga perlu menjadi produktif dan menyokong dunia ini dan juga roh. Kita perlu berkembang dlm semua aspek bukan hanya aspek rohani. (Terima kasih.)

Photo Caption: “Hutan Melindungi Hidupan Seperti Rumah”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (9/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
2825 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
2637 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
2632 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
2539 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
2434 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
2469 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-10-26
2076 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-10-27
2085 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
1882 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
1880 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-10-28
1557 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-27
2436 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-27
1651 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-27
2084 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-10-27
1679 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-27
2581 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-26
2525 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun