Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Rundingan Damai Dalaman Guru, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Situasi atau aktiviti dalaman rundingan damai ini, penyertaan kami sudah diadakan untuk masa yang panjang, bukan hari ini saja. Kadangkala saya buat perkara yang saya terlupa beritahu anda tetapi biasanya anda baik-baik saja tanpanya. Hari ini saya teringat, jadi beritahu anda sebelum terlupa. Itu salah satu sebabnya TUHAN, melalui Raja Keamanan, tidak benarkan mana-mana Raja yang datang dari jauh membuat janji temu dengan saya, kerana ada banyak rundingan damai yang berlangsung juga dan barangkali akan keterlaluan bagi badan fizikal saya kendalikan disebabkan oleh jumlah tenaga TUHAN yang sangat besar yang perlu digunakan semasa samadhi rundingan damai dan biasanya saya tak boleh bergerak ke sana sini – jumlah pergerakan badan yang sangat sedikit di satu tempat. Apabila ia dilakukan secara automatik oleh badan, itu berbeza, tetapi tetap sangat perlahan dan ada selang masa yang sangat panjang di antaranya.

Jadi saya hanya biar anda tahu supaya anda tahu mengapa perkara tidak sentiasa dilakukan secara tetap dan anda tidak sentiasa dengar daripada saya secara tetap. Saya sedang membuat suatu kerja, bukan kerja biasa, bukan pukul 8 hingga 5, dan bukan Sabtu, Ahad berehat. Rasanya saya harus beritahu anda pada bila-bila saya boleh dan apa-apa saja yang saya boleh supaya anda memahami situasi kita, situasi saya. Jika tidak, akan ada terlalu banyak persoalan dalam fikiran anda dan anda tak dapat bertumpu pada kerja anda. Macam mana pun, ingatlah bahawa saya kasihi anda dan takkan tinggalkan anda di dunia yang menyeksakan ini.

Sekarang keamanan telah tiba. Sekurangnya anda semua rasa damai dalam minda, hati anda, dan apa-apa pun yg berlaku di sekeliling anda dengan orang lain, anda perlu menerimanya kerana itu pilihan mereka. Mereka memilih neraka dan bukan Syurga. Mereka ada kemahuan bebas. Jika mereka tidak segera sedar, mereka akan hampir macam dibinasakan selama bereon-eon sehingga Syurga dan Bumi dibersihkan semula dan mereka boleh menjadi hidup semula, atau tidak, atau jika mereka berada di neraka itu selama-lamanya, maka habislah. Langsung tiada banyak yang boleh kita buat. Saya sangat sedih memaklumi anda itu tetapi anda sentiasa ingin tahu semakin banyak tentang situasi dunia, nasib umat manusia dan kerja saya. Saya harap itu buat anda berasa puas, sampai peratusan tertentu. Jika ada apa-apa lagi yang boleh saya beritahu anda dan saya ada masa, saya akan buat begitu.

Semasa saya dalam keadaan dalaman, badan tidak bergerak juga, jadi itu bukanlah bersusah-susah untuk bergerak atau tidak bergerak, kerana jika saya berada dalam keadaan dalaman dan lebih tinggi, dah tentu, badan terbaring di sana, hampir macam mati, atau duduk di sana, hampir macam mati. Ini bergantung kepada saya berada dalam situasi apa pada ketika itu. Tapi berkenaan dengan rundingan damai, rundingan damai dalaman, saya masih sedar akan badan walaupun ia tidak jaga secara aktif, sedia untuk bergerak atau buat perkara. Ini kerana... Saya masih belum dapat keluar daripada samadhi dengan kuat. Itu mengambil sedikit masa.

Jenis rundingan damai dalaman ini memerlukan banyak tenaga dan menahan jenis-jenis akibat yang berlainan. Jadi meskipun itu di Peringkat Astral, badan fizikal berjerih juga. Itu ‘toil (jerih)’ yang besar. Itu T-O-I-L jika saya cakap dengan cukup baik – jerih. Percakapan saya masih belum begitu normal. Sebab itulah jenis rundingan damai di dunia ini sangat berat. Walaupun kedengaran macam senang, namun tidak disebabkan karma bunuh – kita membunuh, ya TUHAN, berpuluh-puluh juta bayi, janin setahun. Kita bunuh berbilion-bilion atau berzilion-zilion makhluk hidup dalam bentuk haiwan setahun atau malah mungkin sebulan. Tiada sesiapa yang dapat kira semuanya. Ya TUHAN, hati saya begitu sakit. Hati saya terasa begitu sakit.

Berdasarkan data 2022 daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau FAO, bersama dengan anggaran orang-ikan liar dan yang diternak secara industri daripada Institut Sentience serta pengkaji Alison Mood dan Phil Brooke, dianggarkan 3.5 hingga 6.5 bilion orang-haiwan dibunuh untuk makanan setiap 24 jam. Lebih 365 hari, itu bersamaan dengan kira-kira 1.28 hingga 2.37 trilion orang-haiwan setahun.

Baiklah, saya rasa anda dah tahu sesetengah daripadanya. Saya perlu berehat sekejap sekarang dan akan keluar untuk bekerja, kerja biasa, fizikal Supreme Master TV dan kerja lain. Berkenaan dengan akibat rundingan damai di dalam, saya tak nak gambarkan semuanya untuk anda tetapi saya hanya boleh beritahu anda bahawa itu tidak selesa. Itu boleh menyakitkan. Itu saja. Perinciannya,saya tak boleh beritahu anda Saya tak nak.

Bercakap tentang Supreme Master TV, sebagai kerja fizikal, tetapi itu bukan kerja fizikal saja – segalanya yang kami hantar ada Kuasa Besar TUHAN, Kuasa Guru, Kuasa TUHAN dari dunia fizikal dan dari Alam Firdausi, Syurga yang lebih tinggi ke yang tertinggi, jadi bukanlah saya boleh hanya biarkan anda, pasukan, lakukannya. Meskipun anda sudah semak semula sebelum hantarnya kepada saya, namun saya tetap perlu lihatnya. Saya perlu masukkan kuasa spiritual ke dalam kata-kata dan skrip yang ditulis, segalanya yang dipaparkan di skrin Supreme Master Television di seluruh dunia. Sekarang anda tahu berapa banyak kerja diberikan kepada saya setiap hari. Macam mana pun, terima kasih atas bantuan anda kerana anda orang baik.

Adalah baik juga beritahu anda perkara tentang kehidupan harian saya supaya anda juga faham bahawa kadangkala saya tidak menepati masa dalam hantar rancangan yang telah diedit, kerana sebelumnya kita bekerja dengan lebih tetap. Kadangkala saya terlewat tetapi belakangan ini lebih kerap. Anda terlewat juga disebabkan meditasi tambahan. Anda, kakitangan Supreme Master TV dalaman, bermeditasilah sebanyak yang boleh dan bertumpu pada kerja kita. Ini sebenarnya bukan kerja fizikal saja. Ini kerja spiritual juga untuk berkati seluruh dunia bagi meminimumkan sebanyak mungkin bencana, kesusahan dan penderitaan bagi orang di neraka. Jika mereka dengar televisyen kita dan ubah cara hidup mereka, menjadi vegan, sebanyak orang yang mungkin, akan lebih senang untuk diselamatkan dari neraka, jadi kerja anda sangat penting, sangat mulia. Janganlah lalai. Jangan lalai.

Saya begitu kasihi anda dan sangat hargai semua kerja anda. Setiap hari saya beritahu anda. Saya menulis kepada anda bersama penghantaran skrip atau penghantaran kerja untuk ucapkan terima kasih kepada anda dan juga ingatkan anda supaya cintai TUHAN, bersyukur kpd TUHAN, memuji TUHAN, berdoa kepada TUHAN, ingati TUHAN. Itu sangat penting juga. Kerja kita hanyalah suatu wadah Kuasa Syurga TUHAN untuk menyelamatkan manusia dan orang-haiwan yang kesian. Semoga anda diberkati, dan juga tahniah atas anda dapat membuat kerja yang begitu mulia, tertinggi. Sangat kasihi anda. Jangan teragak-agak untuk memesan apa-apa yang anda perlukan. Jangan teragak-agak untuk memesan apa-apa yang anda perlukan dan juga cuba makan dengan baik, tidur apabila boleh, berehat apabila boleh. Bermeditasi sebanyak mungkin. Sentiasa ingati TUHAN. Saya ialah anda. Saya kasihi anda.

Kita lakukan semua ini. Kita bekerja keras untuk menyelamatkan manusia dan semua makhluk di planet ini, malah pokok dan semak, pokok bunga. Mereka semua saling mempengaruhi untuk kelangsungan hidup umat manusia dan semua makhluk. Kita selamatkan sebanyak yang boleh kerana hanya satu saja pun – ia misi yang paling penting bagi kita kerana kita sayangi mereka semua. Kita sayangi mereka semua. Tiada penjelasan lagi yang diperlukan, tiada justifikasi lagi atau apa-apa pun. Kita sayangi mereka semua dan kita buat apa-apa saja yang boleh untuk makhluk yang kita sayangi. Itu normal. Saya berfikir mungkin saya hantar ini kepada anda dulu kerana saya tak tahu bila saya dapat mulakan perbualan dengan Raja kedua atau bila saya dapat selesaikannya. Oh, ya! Rasanya saya akan hantar apa yang boleh dulu.

Kuasa TUHAN, Kuasa Guru sentiasa ada untuk orang bagi membantu mereka, berkati mereka, menaikkan mereka dan menyelamatkan mereka tetapi orang tidak berhubung dengannya. Sebab itulah kita perlukan Supreme Master Television sebagai suatu wadah untuk agihkannya dengan lebih ketara untuk minda duniawi diingatkan tentang TUHAN, tentang berkat, tentang Syurga supaya orang akan dapat berhubung dengannya dgn lebih senang, jadi sesiapa yg tonton Supreme Master Television kita dengan hanya sedikit rasa hormat, sedikit kepercayaan saja pun, mereka akan khasnya mendapat perhatian, diselamatkan dan dapat dibebaskan selama-lamanya juga.

Photo Caption: “Semua Ciptaan TUHAN, Besar atau Kecil, adalah Mengagumkan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/2)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2189 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2058 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-07
2058 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
728 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-06
859 Tontonan
Elit Vegan
2026-08-06
741 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-06
2189 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-06
1127 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
12096 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-05
1021 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun