Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Malam Bersama Bintang-bintang, Bahagian 1 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Berikutan kejayaan besar konsert amal ‘Satu Dunia... Aman Damai Melalui Muzik’ yang diadakan di Auditorium Shrine di Los Angeles, California, Amerika pada 18 Disember 1998, suasana yang tidak dapat dilupakan dan emosi ikhlas konsert itu terus banyak bergema dalam diri semua orang yang hadir. Beribu-ribu orang penonton bukan sahaja terpikat oleh kebesaran konsert itu dan persembahan yang memberi ilham oleh artis-artis yang terkenal di dunia tetapi juga amat tersentuh oleh Kasih Sayang, Belas Kasih dan Kemurahan Hati Mahaguru Ching Hai (vegan). Sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan mulia-Nya, Mahaguru Ching Hai berikan sumbangan penuh kemurahan sebanyak AS$100,000 kepada Yayasan Kanak-kanak Starlight, sebuah pertubuhan bukan untung antarabangsa yang didedikasikan kepada usaha menyokong kanak-kanak yang sakit tenat dan keluarga mereka, serta sumbangan sebanyak AS$150,000 kepada pusat untuk rawatan dan penyelidikan penyakit terminal kanak-kanak yang utama di dunia – Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude.

Bagi menzahirkan rasa terima kasih ikhlas atas kebaikan hati dan semangat kemanusiaan luar biasa Mahaguru Ching Hai, En. Richard Shadyac, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Badan Amal Bersekutu Syria Lubnan Amerika (ALSAC), organisasi pungut derma untuk Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude, dan Puan Laurie Goldman, Pengarah Eksekutif Yayasan Kanak-kanak Starlight, secara peribadi menulis surat, mengundang Beliau untuk hadiri gala Hollywood tahunan dan sambutan ulang tahun mereka yang berprestij sebagai tetamu istimewa. Selain itu, En. Edvard Akopyan, Presiden 21st Century Entertainment dan salah seorang tetamu VIP terkemuka di konsert ‘Satu Dunia... Aman Damai Melalui Muzik’, juga dengan ghairah menjemput Mahaguru Ching Hai untuk menghadiri ‘Malam Gala Oscar 100 Bintang’ yang berprestij, suatu majlis yang dihadiri oleh lebih 150 selebriti Hollywood yang terkemuka, sebagai ekspresi rasa kagum dan rasa hormatnya.

Banyak selebriti menyampaikan salam ikhlas kepada Mahaguru Ching Hai. Dalam temu ramah dengan seorang ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa (semuanya vegan), mereka menceritakan pengalaman tak dapat dilupakan daripada menghadiri ‘Satu Dunia... Aman Damai Melalui Muzik’, memuji ekspresi seni luar biasa-Nya yang tercermin dalam lukisan, barangan kemas, fesyen dan puisi-Nya – setiapnya menyampaikan kecantikan, kreativiti dan kedalaman spiritual. Mereka juga tersentuh oleh Kasih Sayang dan Belas Kasihan tak terbatas-Nya yang mengilhamkan persembahan yang impresif dalam konsert itu dan buatnya menjadi perayaan keamanan, kasih sayang dan semangat kemanusiaan yg tidak dapat dilupakan dan meriangkan. Sekarang kami jemput anda sertai kami untuk Bahagian 1 siri ini.

Pada pukul 7.30 malam, Mahaguru Ching Hai masuk ke dalam. Richard Shadyac datang menyambut Mahaguru Ching Hai dan mengiringi Beliau ke bilik VIP.

Untuk hiburan, pelawak Dennis Miller gegarkan bilik dengan gelak ketawa dan penyanyi terkenal James Taylor mempersembahkan semua lagu kegemaran ramainya selama ini.

Antara VIP yang menyapa Mahaguru termasuk bekas pengacara rancangan bicara televisyen yang terkenal Phil Donahue; pengerusi bersama majlis makan malam dan tiga orang anak pengasas St. Jude – pelakon terkenal Danny Thomas, Tony, Terre dan Marlo Thomas.

Hakim Roy Paul; Peguam New York, Albert Lian dan temannya; Penyelaras Majlis Linda Levine; Pengarah dan Penerbit Filem Georges Chamchoum; Dr. Ching Hon Pui – salah seorang penyelidik perubatan yang utama dalam negeri; Maxine Moshay – Pengarah Eksekutif Dana Kanser untuk Kanak-kanak Amie Karen; dan pelakon Steven Seagal – bintang filem-filem popular seperti ‘Dikepung’, ‘Keputusan Eksekutif’ dan ‘Melangkaui Undang-Undang’, dan temannya Arisa Wolf.

Steven Seagal sangat terkejut dan kagum apabila mendapat tahu tentang bakat seni Mahaguru Ching Hai. Secara spontan, Mahaguru memberi En. Seagal dan Puan Wolf setiapnya sebentuk cincin firdausi S.M. yang direka bentuk oleh Beliau sendiri. Apa yang mengagumkan, cincin itu sangat padan dengan mereka.

Mahaguru Ching Hai menyentuh hati mereka yang hadiri gala pada malam itu dan yang paling penting, meninggalkan kesan kasih sayang yang berkekalan pada kanak-kanak yang perlukan harapan.

Pada tahun berikutnya, St. Jude mengundang Mahaguru Ching Hai ke gala Hollywood tahunan ke-20 mereka. Malangnya, Mahaguru tidak dapat hadir disebabkan lawatan khutbah yang mendatang. Beliau sampaikan kasih sayang kepada St. Jude dan berharap mereka sangat berjaya dalam usaha yang berterusan untuk membantu kanak-kanak.

Para selebriti dan VIP yang bertemu dgn Beliau pd tahun sebelumnya menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat kepada Mahaguru Ching Hai seperti berikut.

Kepada Mahaguru, Saya rindui Guru tahun ini! Kita nikmati waktu yang menyeronokkan pd tahun lalu dan saya sukai album Guru. Saya harap Guru menerima nota saya kerana saya dapati itu memberi ilham bukan sahaja bagi muzik tetapi juga bagi mesej yang disampaikannya kepada roh. Saya berdoa agar pada tahun depan Guru akan bersama kami. Terima kasih. TUHAN berkati Guru. […]
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-30
1348 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-30
647 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-30
666 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-06-30
1101 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-30
1856 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-29
1337 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-29
742 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-29
818 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2026-06-29
776 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun