Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sekarang sementara sungai, tasik kita menjadi semakin kering dan hilang, di mana-mana pun semakin kekurangan air, sungai darah masih mengalir tanpa berhenti daripada penyembelihan yang tidak adil di merata tempat di setiap negara. Tulang bangkai orang-haiwan yang tidak berdosa ini masih bertimbun dengan makin hari makin tinggi walaupun anda tidak nampaknya. Jika perkara sebegini malu nak dikatakan dan dilarang untuk ditunjukkan, anda perlu menyembunyikan rumah sembelih ini di kawasan terpencil, maka mengapa terus menyokongnya? Mengapa terus melakukannya? Syurga tak nampak ke? Neraka tak tahu ke?Banyak pemimpin di dunia, sekular atau bukan sekular, pemimpin agama, masih menyokong semua ini hanya untuk selera sendiri atau untuk kiraan undi! Saya tak tahu sama ada mereka benar-benar tak tahu akan karma. Setiap agama bercakap tentangnya – beritahu kita supaya tidak membunuh kerana karmanya berat.AGAMA BAHAI“Mengenai larangan memakan daging haiwan, anda harus tahu bahawa sejak permulaan ciptaan, Tuhan telah menentukan makanan setiap makhluk dan makan secara bertentangan dengan penetapan ini adalah tidak dibenarkan.”AGAMA BUDDHA“…SEMUA DAGING YANG DIMAKAN OLEH ORANG IALAH DAGING SAUDARA-MARA MEREKA SENDIRI.” ~ Kitab Lankavatara“Selepas bayi dilahirkan, mestilah berjaga-jaga juga agar tidak bunuh mana-mana haiwan untuk dihidangkan kepada si ibu dan tidak menghimpunkan saudara-mara untuk minum arak atau makan daging... kerana pada waktu bersalin yang susah, ada begitu banyak syaitan, raksasa dan goblin yang ingin minum darah yang berbau... dengan jahil membunuh haiwan untuk dimakan... mereka menyumpah diri sendiri, memudaratkan si ibu dan bayi.” ~ Kitab Ksitigarbha“Berhati-hati beberapa hari selepas seseorang meninggal dunia, jangan membunuh, memusnahkan atau mewujudkan karma buruk dengan menyembah atau menawarkan korban kepada syaitan dan dewa... kerana pembunuhan dan penyembelihan yang dilakukan, penyembahan yang dibuat atau korban yang ditawarkan itu TIDAK MENDATANGKAN SEDIKIT KEBAIKAN PUN KEPADA SI MATI, TETAPI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KARMA BURUK PADA KARMA SEBELUMNYA, MENJADIKANNYA LAGI DALAM DAN SERIUS. ...jadi MENANGGUHKAN KELAHIRAN SEMULANYA DALAM KEADAAN YANG BAIK.” Iota bermaksud kesan yang paling kecil (hampir kosong). Karma bermaksud balasan. ~ Kitab KsitigarbhaCAO ĐÀI-ISME“…Perkara yang paling penting adalah hentikan pembunuhan kerana haiwan juga mempunyai roh dan pemahaman seperti manusia. JIKA KITA BUNUH DAN MAKAN MEREKA, KITA BERHUTANG DARAH KEPADA MEREKA.” ~ Ajaran SantoAGAMA KRISTIAN“Daging untuk perut, dan perut untuk daging: tetapi Tuhan akan memusnahkan kedua-duanya.” Kitab Suci Bible“Sementara daging masih di antara gigi mereka, belum dikunyah, kemurkaan TUHAN telah dibangkitkan terhadap orang-orang itu dan TUHAN menghapuskan mereka dengan bencana yang sangat besar.” Kitab Suci BibleESSENISME“Saya datang untuk menghentikan korban dan kenduri darah. Jika kamu TIDAK HENTIKAN TAWARAN SERTA PEMAKANAN DAGING DAN DARAH, kemurkaan Tuhan terhadap kamu takkan reda.” ~ Gospel Dua Belas Orang SuciAGAMA HINDU“Memandangkan kamu tidak dapat menghidupkan semula haiwan yang telah dibunuh, kamu bertanggungjawab ke atas pembunuhan mereka. Oleh itu, kamu akan pergi ke neraka; kamu takkan mendapat pembebasan.” ~ Adi-lila“Orang yang ingin menambahkan daging sendiri dengan makan daging haiwan akan hidup sengsara dalam apa-apa spesies pun dia dilahirkan.” ~ Mahabharata, Anu.ISLAM“ALLAH TIDAK KASIHANI SESIAPA YANG TIDAK MENGASIHANI MAKHLUK-NYA.” Hadis“Jangan sama sekali biarkan perut anda menjadi kubur pada haiwan.” HadisSIKHISME“Orang yang mengambil ganja, daging dan arak, tidak kira apa pun ziarah, puasa dan upacara yang diamalkan, mereka semua akan pergi ke neraka.” ~ Guru Granth SahibAGAMA BUDDHA TIBET“Menawari dewa dengan daging yang diperoleh daripada membunuh haiwan adalah seperti menawari seorang ibu dengan daging anaknya sendiri dan ini suatu dosa besar.” ~ Jalan Tertinggi Anak MuridDan sebagainya...Ini hanya beberapa contoh sahaja. Untuk butiran lanjut, sila log masuk ke: SupremeMasterTV.com/scrollsSekarang kita asyik mendoakan keamanan, merundingkan perdamaian tetapi ambil masa yang begitu lama dan masih tidak berlaku. Keamanan sepenuh belum tiba lagi. Perdamaian dirundingkan dengan tanah, harta benda, macam perniagaan, seolah-olah tanah dan harta benda lebih berharga daripada nyawa manusia. Jadi terus berunding, terus membunuh, membunuh rakyat sendiri dan rakyat negara jiran.Oh! Pemimpin sekular dan agama, ke mana anda memimpin orang anda?! Mereka percayai anda tetapi ke mana kita tujui? Sementara itu, anda mengunyah bangkai kotor mana-mana orang-haiwan yang anda jumpai, mengoyakkannya menjadi cebisan, sumbatkannya ke dalam mulut anda, turut serta dalam industri bunuh ini setiap hari tetapi tak rasa jijik, tak rasa sesal, apa-apa pun dengannya, malah seronok menikmati bau darah kematian yang busuk! Jadi siapa yang harus kita salahkan?Setiap agama beritahu anda, “Apa yang anda semaikan, itulah yg akan anda tuai.” Apa-apa yang anda lakukan akan kembali kepada anda.Einstein pun beritahu kita bahawa jika anda berdiri di satu tempat dan lemparkan sesuatu jauh-jauh, jika anda berada di sana dgn cukup lama, benda itu akan kembali kepada anda. Apa yang ingin dikatakannya ialah ini hukum karma, sama seperti dalam mana-mana agama. Walaupun beliau tak kelihatan macam itu, tidak mendakwa diri sebagai orang yang beragama atau suci, namun beliau ialah itu. Beliau lebih memahami hukum karma daripada banyak orang paling suci dalam agama-agama terbesar.Buddha pun menekankan belas kasihan selama-lama. Tetapi banyak biksu masih mengunyah orang-ayam, mengoyakkan orang-ikan untuk dimakan. Daging babi, daging lembu, apa-apa pun, sebut sahaja, mereka makan semuanya. Begitu juga dalam agama lain – Katolikisme, Islam.Maafkanlah saya, tetapi saya tidak sesal bercakap benar secara terus terang. Apalah saya ini jika saya tak bercakap benar lagi? Kita semua ingin dengar kata-kata manis, puji-pujian dan sentiasa anggukkan kepala tanda setuju hanya untuk lebih banyak untung dalam perniagaan, hubungan, politik dan sebagainya… Tetapi itu bukan cara yang menjaga maruah kita. Kita perlu menjadi manusia. Kita perlulah penyayang dan baik hati terhadap setiap jenis, bukan hanya manusia. Kita tak dapat bersikap baik dan berbelas kasihan terhadap manusia pun, apalagi jenis lain. Dunia ini telah menjadi apa? Ke mana sifat perikemanusiaan kita telah pergi? Ke mana maruah orang budiman kita telah pergi? Di mana itu sekarang?Kita besar, kuat, berkuasa, ada segala khasiat untuk dimakan tetapi tetap bunuh makhluk haiwan yang menendang, melompat, lebih lemah, tidak berdaya, hanya untuk memotong dan sumbatkan mereka ke dalam tekak kita. Kita harus lebih mulia daripada itu. Kita harus lebih penyayang, baik hati daripada itu. Kita harus, kerana kita ialah manusia – kita ada kecerdikan, ada Sifat Mulia. Kita ada hati yang tahu apabila ia menyakiti dan menyedihkan kita. Mana boleh kita tak pedulikan kesakitan dan kesedihan makhluk lain, orang lain? Mana boleh kita tidak rasainya? Jika anda kelar sedikit saja jari anda, itu menyakitkan, berdarah. Mana boleh anda lakukan perbuatan yang lebih ganas daripada itu terhadap manusia dan orang-haiwan lain?Tuhan telah cipta begitu banyak makanan untuk kita, dan hari ini kita begitu cerdik, jauh lebih berkemampuan daripada lama dahulu. Kita dapat tanam lebih banyak sayur, lebih banyak buah untuk menghilangkan rasa lapar dan menyuburkan diri fizikal kita supaya kita dapat lebih banyak berbuat baik di dunia. Kita dapat mencipta lebih banyak benda utk buat kehidupan menjadi lebih selesa bagi kita semua. Hari ini, kita ada jauh lebih banyak mesin teknologi tinggi dan segalanya yang boleh kita gunakan untuk buat kehidupan menjadi lebih ceria, lebih selesa, lebih senang, tetapi kita gunakan segala kecerdikan ini, segala prestij ini, segala kelebihan ini untuk membunuh. Peperangan berlangsung setiap hari – setiap hari – dengan bayi, dengan janin, dengan makhluk haiwan, malah yang liar – walaupun mereka tinggal di dalam rimba, di dalam hutan atau di laut yang dalam, kita tetap memburu, membunuh dan memakan mereka.Jika anda ada satu minit dalam sehari dalam hidup anda, fikirkanlah itu. Fikirkan bagaimana perasaan mereka. Fikirkan mengapa kita perlu melakukan ini sedangkan kita ada begitu banyak berkat – buah-buahan, sayuran, malah protein sayuran untuk memuaskan selera kita dan menguatkan badan berharga kita yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Tetapi apabila Tuhan kurniakan satu lagi bayi kepada anda, anda bunuhnya sebelum dia sempat berkata, “Tolong jangan bunuh saya,” sebelum dia sempat bercakap pun, sebelum dia sempat lihat muka anda pun untuk ucapkan terima kasih kepada anda kerana berikan peluang kpd dia utk hidup, berikan hidup manusia kepada dia supaya dia dapat nikmatinya. Dia dapat nikmati segala kebaikan dan kegembiraan ini seperti anda – bersama anda! Mana boleh anda melakukan ini?Photo Caption: Biar Kita Bersyukur kepada TUHAN atas Hidup yang Bebas dan Tenang











