Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kebanyakan wanita memakai solekan dan pakaian yang cantik apabila keluar dan berjumpa dengan orang lain yang tiada kena-mengena dengan mereka. Suami, orang yang paling intim, paling penting dalam hidup mereka, mereka abaikan, kemudian menyalahkan dia kerana makan malam di luar, makan di restoran lain. Oleh itu, berkahwin atau apa taklah penting sangat tetapi oleh sebab kamu dah kahwin dan jika merungut bahawa suamimu tidak taat, maka kamu perlu lihat rupamu atau... (Jika lelaki tidak taat, itu disebabkan wanita.) Ya, ya, ya. Itu saya percaya. Itu saya percaya. Kadangkala kita wanita mendominasi, suka menguasai dan sukar disenangkan hati. Kita terlupa juga, selepas berkahwin, hanya berfikir, “Okey, saya telah mendapat dia. Itu saja. Sekarang dia takkan pergi ke mana-mana. Saya telah tangkap dia.” Kemudian habislah.Kamu perlu menjaga suami selepas berkahwin, lebih daripada sebelumnya kerana sekarang dia milikmu. Dulu kamu tak peduli, mungkin dia pergi ke tempat lain atau berkahwin dengan orang lain tetapi sekarang kamu miliki dia. Apa-apa yang kamu miliki, kamu mesti jaga. Jika tidak, kamu akan kehilangannya. Itu hukumnya kerana apa-apa yang kamu tidak hargai, Tuhan akan ambilnya. Atau jika kamu tak tahu bagaimana gunakannya atau tidak hargainya, Tuhan akan berfikir, “Okey, engkau tak sukanya. Aku akan ambil dan berikannya kepada orang lain yang lebih suka akannya.” Betul, betul.Jadi kebanyakan orang percaya bahawa selepas berkahwin, wanita tak perlu menjaga diri lagi – itu tak betul. Jika kamu beramal dan tidak menjaga diri, itu tak betul juga kerana kamu akan menjadi tidak berjaya dalam perniagaan, tidak berjaya dalam perkahwinan dan kehidupanmu akan memuramkan kecuali jika kamu nak menjadi biksuni. Betul, saudara? Ya. Tak mengapa jika kamu berseorangan tetapi jika kamu beranak, maka kamu juga ada tanggungjawab terhadap anak, menjaga perkahwinanmu, juga ada tanggungjawab terhadap suamimu kerana kamu buat dia menjadi tidak taat. Itu sangat tidak selesa bagi dia juga kerana kebanyakan suami hormati dan cintai isteri mereka, percaya atau tidak. Adalah sangat tidak selesa bagi suami berjalan keluar dan adakan hubungan sulit dengan wanita lain. Itu langsung bukan keinginannya yang mendalam, ikhlas sekali. Bukankah begitu, semua lelaki di sini? Jawablah saya. (Ya.) Ya? Ya, benar.Jadi belakangan ini saya bersolek sikit. Hanya untuk biar kamu tahu bahawa gincu ini takkan menutup Cahaya Buddha (Syurga dalaman) kamu, takkan mengubah keadaan makrifat dalaman kamu, dan laksanakan tanggungjawabmu, gunakan apa-apa saja yang Tuhan berikan kepada kamu untuk mempercantik dunia dan hidupmu. Tetapi jangan terikat dengannya dan jangan menganggap perkara ini penting. Jika kamu memakai solekan, maka memakainya. Jika kamu tidak, maka tidak. Tiada perbezaan di dalam. Setelah kamu tamat pengajian sebagai doktor, sama ada kamu memakai pakaian buruk atau jubah yang cantik, itu tidak membuat perbezaan kepada ilmu dalaman dan kedudukan kamu. (Ya.) Tetapi sebagai seorang doktor, dah tentu, lebih baik kamu memakai pakaian yang bersih dan kemas supaya orang ada lebih banyak alasan untuk hormati kamu dan lebih senang dalam hubungan atau urusan, saling berbual, buat kedua-duanya rasa senang. Kita tak perlu menjadi hodoh untuk menjadi Buddha. Menjadi Buddha yang hodoh adalah sangat hodoh juga. […]Saya menjadi biksuni. Itu cuma takdir saya dalam hayat ini. Saya perlu menjadi itu pada masa itu, membuat jenis kerja itu. Tetapi itu dah selesai. Saya belum selesai di dalam, hanya di luar saja. Mengapakah saya menjadi biksuni, mencukur rambut dan tidak bersolek seperti dulu? Hanya kerana bagi saya, bersolek atau tak bersolek adalah tidak penting. Tapi sekarang oleh sebab saya membuat kerja ini, saya dapati bhw banyak orang terperdaya oleh rupa luaran. Sesetengah orang rasa jika mereka terima inisiasi daripada saya. mereka perlu meninggalkan suami mereka, tidak bersolek lagi dan langsung tidak buat apa-apa pun, kemudian kehidupan mereka akan memuramkan, kemudian suami mereka tidak suka akan mereka, rasa mereka telah menjadi berbeza, tidak suka akan mereka atau nak menjadi biksuni seterusnya.Kebanyakan lelaki yang ada wanita yang saya inisiasi asyik menyusahkan isteri mereka kerana tiba-tiba mereka menjadi berbeza. Vegan, dia boleh mentoleransi, tetapi tiada solekan, tiada barangan kemas, tiada pakaian lagi. Tidak, maksud saya, tidak, tidak! Tiada pakaian yang cantik. Kemudian apa seterusnya? Mereka khuatir isteri mereka akan meninggalkan rumah, meninggalkan anak dan menjadi biksuni seperti saya. Kemudian banyak surat, segala aduan ini dan begitu banyak kesusahan. Jadi saya berubah. Jika saya perlu tinggalkan keluarga dan berpakaian buruk untuk kamu, maka saya lakukannya, tetapi jika saya perlu tinggalkan pakaian buruk semula untuk kamu, maka saya tinggalkannya. Pakaian buruk dan permaidani keemasan sama-sama ialah benda duniawi. Berpaut pada satunya atau yang lain ialah keterikatan yang sama. Faham? (Ya.)Oleh itu, saya gembira dengan kamu memahami ini. Rasanya saya dalam kedudukan rasa lebih dekat dengan kamu. Kamu rasa lebih dekat dengan saya macam ini. Jadi kamu boleh percaya saya dapat bantu selesaikan banyak masalah peribadi kamu Masalah peribadi, masalah keluarga tak kelihatan macam berkaitan dengan bidang spiritual tetapi ia berkaitan. Kerana apa kebaikannya kepada kamu, saya mengajar kamu, bermeditasi dan menjadi Buddha sementara kehidupanmu memuramkan? Suamimu berada dalam kesusahan dan kesunyian, dan anakmu rasa tak gembira disebabkan oleh keluarga yg berpecah belah dan bertikai. Saya nak bawa Syurga kepada kamu sekarang, bukan neraka. Oleh itu, segalanya yang boleh kamu gunakan di dunia ini untuk buat kehidupanmu jadi lebih baik, mempercantik persekitaranmu dan memperkukuh perkahwinanmu, maka gunakanlah itu. Gunakannya, bukan terikat dengannya. […]Photo Caption: Cuba Pergi Bersama-sama ke Arah yang Betul!











