Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sentiasa bersimpati dengan orang dalam kesusahan. Tetapi masalahnya bukan hanya padamkan api. Ada begitu banyak masalah. Contohnya, puntung rokok orang yang merokok di lebuh raya atau di dalam kereta, kemudian buang saja rokok ke luar, terlupa memadamkannya sebelum buangnya ke luar. […] Kemudian sekarang mereka kata mereka menyalahkan orang tak berumah, gelandangan yang memanaskan diri dan menyalakan api. Tetapi itu mungkin apa-apa saja. Itu mungkin segala karma. […] dan mungkin tin Coca-Cola atau Sprite atau sebarang jenis tin yang bersinar dan tumpukan cahaya matahari dengan bentuk bulatnya yang boleh menyebabkan kebakaran juga. Kadangkala hutan itu sendiri ialah punca kebakaran. Ia saling bergeser, saling bergesel untuk masa yg panjang, kemudian itu, khabarnya, menyebabkan kebakaran juga. […] Jadi kita tak dapat pasti bagaimana melindungi diri daripada dunia ini. Jadi sekarang, perlindungan terbesar boleh kita dapat dari mana? Ya, daripada diri kita sendiri, drpd Tuhan. Itu paling berpanjangan. Kerana sekurang-kurangnya kita tahu. Kita tahu bahawa kita ada sesuatu yang lain selain segala harta benda material ini. Kemudian cepat atau lambat, kita akan kembali kepada itu di mana kita ada segala-galanya, ada seluruh Kerajaan. […]Tapi saya senang hati utk maklumi kamu bahawa tiada satu pun anak murid kita yang tinggal di kawasan itu alami sebarang masalah. Maksud saya, tiada rumah yang terbakar, betul? Atau ada? (Tiada.) Tiada. Okey. Kerana banyak daripada orang kita tinggal di kawasan itu, Santa Ana dan sebagainya. […] Setiap pengamal Quan Yin berkongsi tanggungjawab untuk bersihkan planet ini pada tahap tertentu. Oleh itu, apabila kamu duduk di sini bermeditasi bersama dalam kumpulan, itu bukanlah kamu lakukannya untuk diri sendiri, pembebasan lima generasi kamu, untuk Amerika atau untuk keluarga kamu saja. Itu untuk seluruh planet. Lagi banyak orang buat begitu lagi baik. […]Sekarang, oleh sebab orang tidak ingat akan karma hayat lampau, jadi kadangkala mereka menyalahkan Tuhan dan berkata, “Aku berbuat baik dalam hidup ini. Aku tidak buat apa-apa tapi Engkau tetap bakar rumahku.” Mereka terlupa, 30 tahun yang lalu saja, sebelum mereka dilahirkan, apa yang dibuat oleh mereka atau di mana mereka, sesuatu macam itu. Sangat senang untuk lupa akan apa yang telah kita buat tahun lalu, apalagi hayat lampau atau banyak hayat. Jadi semasa kamu beramal untuk makrifat dengan cara spiritual, kamu perlu tahu: Kita lakukannya tanpa syarat. Walaupun kita mengikut Kaedah Quan Yin, amalkan jalan tertinggi, kita tetap perlu menerima masalah kecil atau kadangkala malah masalah besar atau bencana yang menimpa kita. Tetapi nasib baik, itu kurang daripada orang biasa yang tidak beramal. […]Photo Caption: Dunia Ini dan Dunia Lain Sebenarnya di Alam yang Sama