Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Soalan seterusnya adalah daripada Puan Anne Marie Araba.) Mme Araba Anne-Marie: Selamat malam, Guru. Terimalah segala rasa terima kasih saya. Dalam risalah pemanasan global, ada dinyatakan: “Disebabkan oleh penangkapan ikan berlebihan dan kehilangan puluhan juta ikan sardin, suatu rantaian yang penting, perairan pinggir laut barat daya Afrika sarat dengan gas toksik yang berbuih dari dasar laut, membunuh hidupan laut di permukaan. Saiz kawasan itu bersamaan dengan saiz negeri New Jersey (Amerika) dan memburukkan lagi kesan rumah hijau.” Apakah sifat asal gas ini? Terima kasih, Guru. Master: Salam sejahtera, Puan Araba. Puan datang sejauh ini dari Cotonou, Benin untuk bersama kami? (Ya, Guru.) Puan daripada Radio Topka di Cotonou, Benin, kan? (Ya, Guru.) Terima kasih kerana datang berkongsi keprihatinan puan dgn kami. Adalah sangat tidak menyenangkan mengetahui tentang keadaan perairan berhampiran pinggir laut barat benua puan. Gas beracun yang puan tanyakan ini terbentuk daripada unsur-unsur yang wujudkan zon mati lautan. Zon mati betul-betul seperti namanya. Ia merupakan kawasan laut yang mati – kawasan laut yang tidak dapat menampung hidupan lagi – yang timbul kebanyakannya daripada pencemaran makanan ternakan dan tahi ternakan yang mengalir ke dalam laut, atau jenis ketakseimbangan yang lain. Bilangan zon mati yang diperhatikan sejak 2003 telah bertambah lebih tiga kali ganda, dengan sekarang lebih 400 wujud dan semakin bertambah di seluruh dunia. Zon mati Afrika, menurut ahli sains, disebabkan oleh gabungan arus menaik yang kuat yang membawa plankton yang banyak, bersama dengan kehilangan orang-sardin disebabkan perikanan manusia. Dalam tempoh beberapa dekad ini, berpuluh-puluh juta orang-ikan kecil ini telah dikeluarkan dari laut untuk dimakan oleh manusia. Jadi sekarang, daripada orang-sardin bantu memakan plankton, plankton mati di dalam air sebaliknya dan tenggelam ke dasar laut di mana ia mereput dan menyumbang kepada pembentukan gas beracun: metana dan hidrogen sulfida. Sementara gas metana boleh meruap dan meletup, hidrogen sulfida adalah beracun kepada manusia dan hidupan laut. Jadi kawasan ini ada letupan berkala metana dan hidrogen sulfida. Apabila gas-gas ini meletus berhampiran pinggir laut Afrika, banyak orang-ikan yang lain mati dan orang-haiwan seperti orang-udang kara dan -ketam lari ke atas pantai, cuba lari dari gas beracun ini. Tetapi kadangkala mereka tak dapat elakkannya juga. Ahli sains sekarang bimbang, tanpa pemulihan keseimbangan ekologi, zon mati seperti ini hanya akan terus menjadi semakin banyak, menjadi semakin besar. Ini dah tentu boleh bawa maut kepada semua hidupan. Jadi ini contoh yang kecil tetapi sangat baik bagi sebabnya kita perlu menjadi vegan – untuk membaharui keseimbangan hidup. Dah tentu, kita juga perlu menjadi vegan organik kerana begitu banyak daripada zon mati ini disebabkan dan diburukkan lagi oleh baja kimia yang terutama digunakan untuk tanaman ternakan. Jadi, ya, jadilah vegan organik. Terima kasih, puan. Dan semoga berjaya, sangat seronok dengan kerja kewartawananmu. Sampaikanlah kasih sayang saya kepada semua rakan sekerjamu di Radio Tokpa di Cotonou. Tuhan berkati negaramu, Benin. (Terima kasih, Guru.) Terima kasih. (Terima kasih. Terima kasih, Guru, atas jawapan ini. Soalan seterusnya adalah daripada En. Bertrand Badja Baissi yang bertanggungjawab terhadap rancangan di Télévision Deuxième.) Selamat datang, encik. Mr. Bertrand Badja Baissi: Terima kasih, Guru. Terima kasih atas segalanya yang Guru lakukan. Misi Guru adalah mulia. Saya rasa, hanya lihat orang ramai di sekeliling kita, mesej ini diterima. Beberapa tahun yang lalu, masih sukar nak menyampaikan mesej ini. Saya juga ingin biar Guru tahu bahawa saya ialah juruacara penyiaran spiritual di TV2 di Lomé, Togo. Setahun setengah yang lalu, kami ada rancangan tentang kebaikan menjadi vegetarian dan vegan. Itu bukan senang. Tetapi hari ini, banyak orang kembali kepada kami, berkata bahawa pengalaman vegetarian atau vegan mereka akhirnya membuahkan hasil. Kami ucapkan tahniah kpd diri sendiri. Namun begitu, terdapat paradoks. Dalam media harian, kita ada maklumat tentang risiko yang dihadapi oleh Bumi kita. Hari ini, sebagai orang Afrika, apakah yang boleh kami lakukan untuk hentikan bencana ke atas planet kita yang disebabkan oleh pemanasan global? Terima kasih, Guru. (Terima kasih.) Master: Halo, En. Badja Baissi. Terima kasih atas keprihatinan mulia encik dan terima kasih kerana berkongsi pendapat encik dengan kami. Langkah terbesar, seperti yang saya dah kata, adalah meninggalkan semua produk orang-haiwan dan menyebarkan mesej kepada sebanyak orang mungkin bahawa ini penyelesaiannya, penyelesaian nombor satu dan penyelesaian utama. Jika saya tahu sebarang penyelesaian yg lebih baik, saya akan maklumi semua orang kerana saya juga ambil berat ttg planet di mana saya masih diami ini. Jadi sebab di peringkat fizikal adalah menghentikan metana dan nitrus oksida – dua gas yang dihasilkan oleh penternakan haiwan. Seperti yang kita tahu sekarang drpd laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2006, Bayang Panjang Ternakan, orang-haiwan yang diternak untuk daging hasilkan lebih banyak gas rumah hijau daripada gabungan semua pengangkutan di seluruh dunia. Jadi penternakan haiwan ialah punca utama metana. Beberapa tahun yang lalu, sudah diketahui bahawa metana memerangkap 23 kali lebih banyak haba daripada karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang paling terkenal dan utama. Namun begitu, baru-baru ini, ahli sains mendapati bahawa metana memanaskan alam sekitar 72 kali lebih banyak daripada karbon dioksida, secara purata dalam tempoh 20 tahun. Jadi sebenarnya jika kita kira faktor 72 kali ini dan bukan 23 kali seperti yang dianggarkan sebelumnya, berbanding dengan CO2, atau karbon dioksida, pemanasannya sebenarnya jauh lebih tinggi bagi metana. Ini bermakna industri penternakan menyumbangkan lagi banyak daripada yang dianggarkan pada asalnya. Di Afrika, walaupun pengeluaran ternakan tidak secara begitu besar-besaran seperti di sesetengah negara yang lain, pengkaji berkata bahawa 70% daripada orang di bahagian desa benua ini menternak haiwan dan mereka ramalkan pertumbuhan masa depan yang besar berdasarkan permintaan yang dijangkakan. Ini trend yang perlu kita hentikan sekarang. Jika kita singkirkan daging (orang-haiwan) daripada diet kita, pemanasan global dikurangkan dengan pantas sekali dengan jumlah yang besar, jika bukan kebanyakannya. Jika semua orang menjadi vegan, berhenti menternak lebih banyak orang-haiwan untuk dimakan, dan sebaliknya menanam sayuran organik, Bumi kita dan alam sekitar dapat diselamatkan dgn begitu pantas, kita tak dapat bayangkan pun – dalam masa beberapa minggu. Satu lagi bahagian penting langkah ini adalah berbuat baik untuk menyebarkan tenaga yang positif, baik. Kita juga boleh berdoa kepada Syurga untuk belas kasihan dan perlindungan. Kita perlukan campur tangan Syurga dan perlukan semua orang sekarang bekerjasama untuk selamatkan planet ini dgn menjadi vegan, memelihara alam dan berbuat baik. Terima kasih, encik. Saya juga berdoa untuk kesejahteraan Afrika dan kesejahteraan planet ini. Terima kasih. (Terima kasih.) (Terima kasih atas jawapan Guru.) Sama-sama, sayang. Interviews1 (Selamat pagi, encik.) Selamat pagi. (Boleh saya tahu nama encik?) Ya, saya En. Pidali Ulrich. (Apakah pendapat encik tentang persidangan ini?) Ini sesuatu yang baik. Pada masa lalu, kita tidak menyedarinya dan ada banyak orang yang tak tahu bahawa terdapat bahaya – bahawa dunia dalam bahaya. Tetapi dengan persidangan ini, saya rasa semua orang akan benar-benar tahu apa yang berlaku di dunia. Mereka akan menjadi benar-benar menyedarinya. Saya percaya mereka juga akan mengubah tabiat mereka terutama berkaitan pemakanan daging. (Selepas persidangan ini, bolehkah encik memutuskan untuk sendiri menjadi vegan dan mempengaruhi orang di sekeliling encik untuk menjadi vegan?) Encik bertuah – saya sudah pun begitu. Saya sudah pun seorang vegetarian kerana saya seorang pengamal. Saya menjadi vegetarian atas sebab kesihatan. (Terima kasih, encik.) Sama-sama. Selamat tinggal. Interviews2 (Selamat malam, puan.) Selamat malam, encik. (Boleh saya tahu namamu?) Puan Akbablah Nigoumidoui. (Apakah pendapatmu tentang persidangan yang baru puan hadiri ini?) Oh! Saya lihat ia sangat baik. Kita diberitahu apa yang boleh kita buat untuk selamatkan planet kita, cara berkelakuan. Saya rasa ia sangat berjaya. (Selepas persidangan ini, adakah puan terdorong untuk sendiri menjadi vegan dan mempengaruhi orang di sekelilingmu untuk menjadi vegan bagi menyelamatkan planet kita?) Secara terus terang, secara ikhlas, tangan pada hati, memang, hari ini saya berhasrat untuk menjadi vegan kerana melihat segala perkara yang kita diberitahu dan kebaikan veganisme. Saya memang terdorong. Saya tersentuh. Hanya jika saya boleh ada keazaman untuk meneruskannya, ia akan beri kegembiraan besar kpd saya. (Puan baru merasa masakan vegan selepas persidangan ini. Adakah puan sukanya?) Oh, ia memang sedap! Saya malah ingat ada daging dalam apa yang disediakan. Tapi kemudiannya saya sedari bahawa… Kadangkala saya tanya, “Adakah itu daging?” Saya diberitahu, “Tidak.” “Apakah itu?” Saya diberitahu ia sangat baik! Kita tak tahu apa yg nak dikatakan pun! (Terima kasih banyak-banyak, puan.) Terima kasih kepada encik juga. Photo Caption: Firdaus ialah Tempat Semua Hati Gembira dengan Kebaikan dan Kasih Sayang yang Tersebar daripada Tuhan