Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Adalah bagus juga jika kamu bermeditasi di dalam tempat berbentuk bulat seperti itu yang kelihatan macam piramid di Mesir. Khemah kita lebih kurang sama dengan piramid. [...] Ia tak berbentuk segi empat sama. Kebanyakan daripadanya tidak. Ia berbentuk segi empat sama tetapi bulat juga, kan? Tak betul-betul segi empat sama. Sebab itulah haba dapat beredar di dalamnya. Begitu selesa!Apabila tiba masanya untuk bermeditasi, relaks atau hanya berhenti seketika dan beralih ke dalam, Khemah Selesa Melodi Firdausi menawarkan tempat peribadi yg tenang. Sesuai untuk kegunaan di dalam dan di luar rumah. Ia senang disesuaikan dengan gaya hidup anda, mengubah mana-mana ruang menjadi tempat berlindung yang tenang.Reka Bentuk yang Difikirkan dgn TelitiDengan ketinggian mencecah 230 sentimeter, Khemah Selesa Melodi Syurga menawarkan bahagian dalam yang luas, kemas untuk meditasi yang selesa sementara sistem tingkap dua lapisnya yang lut udara mewujudkan keseimbangan aliran udara dan kepanasan yang baik, membolehkan angin sepoi-sepoi masuk dan menghalang serangga drpd masuk untuk ketenangan yang tidak terganggu. Dua model boleh didapati. Anda juga boleh memilih antara bumbung rata yang anggun untuk rasa moden, minimum, atau bumbung berbentuk piramid elegan yang diilhamkan oleh geometri suci, setiapnya direka bentuk dengan teliti untuk harmonikan kecantikan, fungsi dan kesukaan peribadi.Ringan, Mudah Alih dan BergayaKhemah Selesa Melodi Syurga direka bentuk untuk kesenangan dan kemudahan, boleh dipasang dan dilipat dengan senang sekali. Apabila dibuka, ia menjadi tempat berlindung yang baik, tenang. Apabila disimpan, ia dapat dilipat dengan kemas menjadi saiz beg jinjing sederhana dan dimasukkan ke dalam beg simpanan yang direka bentuk khas. Ringan dan mudah alih, ia boleh dibawa ke mana-mana saja anda perlukan ruang yang tenang utk meditasi, kesantaian atau tafakur.Boleh didapati dalam pelbagai warna pekat, Khemah Selesa Melodi Syurga membolehkan anda mengekspresikan gaya anda sementara mengubah sebarang tempat menjadi tempat berlindung yang menenangkan dan menarik secara visual.Khemah Selesa Melodi Syurga oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) Boleh didapati di smcelestial.shop











