Cari
Bahasa Melayu
 

Menjadi Vegan Organik untuk Menyelamatkan Planet Kita, Bahagian 6 Siri Multibahagian

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Selamat petang kepada kalian. Saya beri hormat kepada kalian atas kehadiran kalian di sini sebagai peserta persidangan ini. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Mahaguru Ching Hai kerana memilih untuk berkongsi dengan kita di bahagian dunia kita, visi terhadap makanan dunia kita. Pada asasnya, mereka menyebarkan kebenaran. Kebenaran kadangkala sangat tidak selesa kepada kepentingan diri tetapi kita perlu berjuang kerana kita hidup di dunia penuh kesusahan. […]

Jadi pada bila-bila kita berada di meja, kita sepatutnya makan produk haiwan untuk menampung pengambilan protein kita. Itu tidak benar. Terdapat protein dalam semua makanan. Terdapat protein dalam semua buah. Terdapat protein dalam semua sayur. Selain itu, perkara yang paling penting adalah kita perlu mencernakan makanan kita. Apabila kita mengambil produk haiwan ke dalam sistem kita, apa yang berlaku ialah makanan itu tidak dapat dicernakan. Produk haiwan adalah pejal dalam peredaran kita, dalam aliran darah kita, jadi itu menyebabkan peredaran yang tidak betul, jadi kita hidapi segala penyakit yang kita dapat hari ini.

Jadi saudara saudari saya, tanggungjawab terletak pada kita. Kita wajib, mereka yang telah alami kesan makanan dalam sistem kita, menyebarkan mesej ini. Kita tak perlu menyimpan mesej ini untuk diri sendiri saja. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita wajib, mereka yang ada pengetahuan, mula menyebarkan maklumat ini. Jika kita tak dapat buat begitu, ini bermakna kita ialah sebahagian daripada masalah dan tidak mahu menjadi penyelesaian kepada masalah. Adalah penting juga untuk sebut bahawa alam sekitar, kononnya alam sekitar, ialah badan lanjutan kita. Pokok di luar ialah nafas kita. Tanpa pokok, kita tak boleh mendapat oksigen. Sungai di luar ialah peredaran kita. Selagi kita merosotkan alam sekitar, kita memusnahkan diri sendiri, memusnahkan planet kita juga.

Jadi saya percaya bahawa kebenaran mesti terus disebarkan dan itu tanggungjawab kita. Saya harap selepas kita tinggalkan forum ini, setiap daripada kita akan memutuskan, mulai sekarang, jika saya ingin berikan makanan kepada anak untuk pergi ke sekolah, biar saya fikirkan bagaimana makanan itu akan bermanfaat kepada mereka. Bukan memikirkan cara kita dapat berikan apa-apa saja makanan kepada anak untuk mengisi perut. Kebanyakan makanan yang kita makan hari ini hanyalah pengisi perut.

Selagi kita terus masukkan racun ke dalam diri kita, kita akan terus menderita. Jadi kita perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan kita sendiri. Kita perlu bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu bangkit untuk kebenaran. Saya tinggalkan mesej kecil untuk kalian: Sentiasa bangkit untuk kebenaran, Kita sentiasa bangkit untuk kebenaran, Sertailah orang vegan di planet ini, Dan mengikut Puan [Mahaguru] Ching Hai, Wanita prihatin yang penuh harapan terhadap planet ini.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/21)
1
Kata-kata Hikmah
2025-05-12
1280 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2025-05-13
972 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2025-05-14
900 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2025-05-15
811 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2025-05-16
697 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2025-05-17
877 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2025-05-19
830 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2025-05-20
712 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2025-05-21
847 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2025-05-22
760 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2025-05-23
668 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2025-05-24
748 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2025-05-26
645 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2025-05-27
641 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2025-05-28
617 Tontonan
16
Kata-kata Hikmah
2025-05-29
580 Tontonan
17
Kata-kata Hikmah
2025-05-30
514 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2025-05-31
539 Tontonan
19
Kata-kata Hikmah
2025-06-02
464 Tontonan
20
Kata-kata Hikmah
2025-06-03
450 Tontonan
21
Kata-kata Hikmah
2025-06-04
543 Tontonan