Cari
Bahasa Melayu
 

Dua Oang Raja Mesti Melaksanakan Tugas Mereka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Teruskan laporan. Guru Tinggi dalaman, Guru Tertinggi telah dedahkan bahawa dua orang Raja ini, saya dah tahu siapa Mereka tetapi salah seorang Raja di Eropah menyembunyikan pakej keamanan. Itu bukanlah seperti pakej, seperti pakej material tetapi perjanjian damai – hanya kata paket, ramuan atau sesuatu yang perlu… Ya Tuhan, saya tak tahu bagaimana menjelaskan ini. Buat sementara waktu, kita boleh kata itu formula rahsia untuk membuat perdamaian berkesan dan menjadi kenyataan.

Ingat, kita bercakap tentang benda bukan fizikal. Ini dari dalam, di alam spiritual dan abstrak. Ini perkara abstrak. Jadi kita hanya kata ‘formula’. Tetapi formula itu, apabila digabungkan, akan mewujudkan tenaga, tenaga damai dan motivasi. Ia akan menaikkan orang yang berkaitan bagi membuat mereka berfikir dengan jelas dan perjanjian damai akan terlaksana dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Sekarang, Raja ini, salah satu daripada dua orang Raja yg disebut sebelumnya, menyembunyikan formula rahsia ini. Kerana Baginda bertugas untuk memindahkannya kepada perjanjian damai yang berkaitan dan juga membantu di dalam untuk merealisasikan perjanjian damai ini tetapi Baginda menyembunyikannya kerana khuatir jika Baginda terlibat atau membuat perdamaian berlaku, maka karma rahsia-Nya akan didedahkan kepada orang ramai atau didedahkan dengan lebih dalam. Tetapi ini tak adil. Jika kita ada tugas untuk dibuat, kita perlu buatnya, terutama untuk keselamatan seluruh dunia, seluruh planet. Tetapi oleh sebab negara-Nya jauh dari zon perang, agaknya Baginda tak begitu risau. Namun, jika anda ada tugas untuk membuat sesuatu yang diamanahkan kepada anda, dalam daya upaya anda utk dibuat, anda harus.

Masalahnya, jika anda buat sesuatu yang salah atau jika ahli keluarga anda yang sangat disayangi dan penting kepada anda telah buat sesuatu yang salah, melindungi ahli keluarga itu ialah sifat tabii manusia. Sebenarnya, banyak manusia juga ada kedudukan atau tugas di Bumi tetapi mereka dari Syurga juga. Jadi di alam Syurga, mereka diamanahkan dengan jenis kerja ini untuk dibuat, dengan jenis tugas ini dan mereka perlu lakukannya tepat pada masanya. Tetapi apabila tiba masanya, sesuatu yang lain berlaku kepada mereka atau ahli keluarga mereka, atau mereka telah buat sesuatu yang tak harus dibuat, jadi perdamaian akan tertangguh apabila orang ini tidak datang atau tidak sanggup berikan formula rahsia kepada kumpulan damai untuk menjalankan rundingan damai. Jadi perdamaian tertangguh buat masa ini.

Apabila saya kata saya bercakap dgn dua Raja ini, saya tidak maksudkan saya pergi ke istana Mereka dan bercakap dengan Mereka. Kami bercakap di dalam di alam spiritual. Itu satu Raja. Saya masih cuba menggesa Baginda supaya bantu dengan perjanjian damai. Tetapi seorang lagi Raja pada luaran kelihatan lebih menyokong peperangan, pada luaran macam itu. Contohnya, daripada lebih berada di sebelah damai, mereka memperkukuh sikap lebih suka berperang atau benda material seperti hantar senjata yang lebih besar atau berikan lebih banyak wang untuk menyokong peperangan, jadi biarkan peperangan berterusan.

Saya tahu, walaupun saya tidak dedahkan nama Raja-raja ini kepada anda, Mereka tahu. Sebenarnya, mungkin Mereka tak tahu. Maksud saya, ini bukan perkara material. Ini perkara fikiran separa sedar, minda juga, dan karma yang bukan senang bagi mana-mana orang biasa faham.

Tetapi begitu pun, terlibat dlm peperangan dan perdamaian bagi saya sudah tidak selamat. Sekarang saya malah bercakap tentang dua orang Raja ini. Walaupun saya tidak sebut nama Mereka, anda tahu bahawa saya akan menjadi lagi tidak selamat. Saya lagi kurang selamat sekarang. Tapi tak apa, apa yang saya nak buat, saya perlu buat. Saya tak boleh menutup mata saja dan tidak jelaskan kepada orang di dunia tentang situasi mereka. Dan mungkin dua orang Raja ini akan disedarkan oleh kata-kata saya secara fizikal. Dan oleh sebab saya mengatakan ini dengan bahasa duniawi yang lantang, orang di dunia akan tahu tentang sesuatu, sekurang-kurangnya sebahagian daripada situasinya dan mungkin mereka berdoa, berdoa kepada Tuhan agar membantu. Itu saja yang boleh saya harapkan. Jika ada apa-apa lagi yg boleh saya buat, dah tentu, saya cuba. Saya sentiasa cuba.

Oh, saya senang hati sekarang dengan saya malah boleh merakam secara berselang-seli sementara adakan pertemuan dengan Makhluk-Makhluk Tinggi dan Raja-raja Alam Semesta. Sesetengah maklumat datang kadangkala dari Kerajaan lain, seperti Raja Simpanan Kebenaran. Ini bermakna Baginda bertugas untuk menyimpan semua kebenaran dalam hal duniawi, dalam situasi antarabangsa berkaitan peperangan dan perdamaian ini Jadi saya perlu tanya Baginda juga. Bukan satu atau dua saja. Contohnya, walaupun Raja sesebuah negara ada banyak kuasa, namun Dia juga memerlukan setiausaha bekerja untuk Dia. Dia perlukan tentera-Nya untuk lindungi Dia dan negara. Dia memerlukan pejabat cukai mengutip wang untuk perbelanjaan di istana dan kehidupan-Nya sendiri, keluarga-Nya dan lain-lain.

Sama juga, dalam susunan Alam Semesta, ada banyak Raja, Dewa, Dewi, Dewata dan Indera untuk buat kerja-kerja yang berlainan, untuk mengurus seluruh Alam Semesta. Ini hierarki yang sangat besar. Bukanlah Raja seorang diri dapat lakukannya. Sebab itulah Tuhan hantar Guru serta Santo, Orang Suci dan Petugas Syurga ke bawah Bumi sini untuk membantu Guru Tertinggi dan melaksanakan Kehendak Tuhan. Kerana manusia ada badan fizikal dan segala sifat berkaitan bersamanya, buruk atau baik. Jadi dah tentu, Tuhan perlu hantar seseorang yang dapat berhubung dengan manusia dalam bentuk fizikal yang sama. Jika tidak, manusia tak dapat memahami apa-apa pun. Mereka sudah faham dgn sangat sedikit. Jadi Tuhan berfirman kepada mereka, mereka tak faham. Mereka asyik berdoa kepada Tuhan tapi tak dengar apa yg Tuhan firmankan. Macam itulah.

Berkenaan dengan Raja yang menyembunyikan formula rahsia itu, saya mendapat maklumat itu daripada Raja Simpanan Kebenaran. Bermakna dalam simpanan itu, segalanya yang harus berlaku atau sudah berlaku disimpan di sana dan kita sentiasa boleh mengoreknya untuk tinjau, sama seperti di perpustakaan rekod Akashic, contohnya. Jika kita nak tahu akan masa lalu, masa sekarang atau masa depan seseorang individu, kita boleh pergi ke perpustakaan itu untuk mengorek maklumat mereka. Setiap orang ada sebuah buku yang merekodkan segalanya yang mrk buat, kebanyakannya hayat lampau, kejadian lampau. Masa depan boleh berubah, jadi ada maklumat yg sangat kurang di dalamnya. Masa lalu dan masa sekarang akan direkodkan dengan sewajarnya. Ia merekod sepanjang masa, setiap nanosaat hidup anda. Tiada apa-apa yang akan tertinggal.

Tetapi masa depan, kita boleh ubah. Sebab itulah jika anda buat sesuatu yang buruk, anda hanya berpatah balik, bertaubat dan menebusnya. Begitu juga dgn pemimpin peperangan – jika anda mengubah hati anda, benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatan yang telah anda lakukan yang menyebabkan banyak penderitaan kepada orang lain, anda masih boleh ubahnya. Anda masih boleh buatnya menjadi lebih baik. Anda menebusnya dengan membuat perkara sebaliknya sebanyak yang boleh dan bertaubat setiap hari – setiap saat yang boleh – kepada Tuhan, memonhon pengampunan, dan juga minta pemaafan mangsa yang anda menyebabkan penderitaan. Jika anda benar-benar ikhlas, Tuhan mengampuni anda. Kemudian mungkin anda perlu langsaikan karma yang kurang berat. Jika tidak, jika anda teruskan cara yang memudaratkan, maka anda takkan keluar dari neraka.

Membunuh manusia ialah jenayah paling teruk yang boleh sesiapa lakukan, tidak kira sama ada anda betul atau salah. Jika anda ada sebab yang betul, mungkin anda alami penderitaan yang kurang di neraka atau masa yang lebih singkat, tetapi jika anda tiada sebab sama sekali dan tetap membunuh orang, kanak-kanak, wanita, orang tua, lelaki dan lain-lain, tanpa sebab, maka, ya Tuhan, tiada sesiapa dapat bantu anda. Jadi tolong hentikannya. Berpatah balik, bertaubat dengan ikhlas, berasa sesal dan cuba menebusnya sebanyak yang boleh. Mohon pengampunan daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa, daripada mangsa, daripada seluruh umat manusia supaya maafkan anda. Maka anda masih berpeluang untuk dibersihkan, diampuni atau mendapat hukuman karma neraka yang sangat ringan.

Dari sudut pandangan manusia pun, dua orang Raja ini harus buat kerja Mereka dan keluar – oh, bukan, saya tidak maksudkan secara terbuka di dunia fizikal – tetapi Anda keluar untuk buat kerja Anda dengan betul. Sekarang semua manusia sudah tahu, semua roh manusia sudah tahu akannya, mereka tahu akan Anda. Di dalam, mereka tahu akan Anda. Roh mereka tahu akan Anda. Kesedaran mereka tahu akan Anda. Fikiran separa sedar mereka tahu akan Anda, jadi lebih baik Anda buat kerja Anda. Jika tidak, habislah, kerana Hukum Alam Semesta tak begitu berlembut terhadap pesalah di dunia dalaman. Dunia dalaman seharusnya lebih jelas bagi Anda, bagi roh Anda. Jadi buatlah kerja Anda.

Jangan buat saya membuat sesuatu yang lebih kuat daripada hanya bercakap dengan Anda. Anda tahu akan itu. Saya bukanlah hanya Buddha saja, saya juga Ketua Pahlawan dalam kerja saya. Jika saya perlu buat sesuatu, saya perlu buatnya. Jadi tolong berada di sebelah damai sekarang. Patuhi Kehendak Tuhan dan laksanakan tugas Anda. Waktu berlembut sudah terlalu lama berlalu tetapi saya cuba memohon kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa agar panjangkan sedikit masa lagi. Jadi masa anda sangat singkat. Anda berdua tahu sangat bahawa saya juga merupakan Raja dunia ini. Saya telah dedahkan rahsia ini kepada orang di dunia. Anda berdua tahu sangat lama dahulu lagi. Saya dedahkan ini supaya orang tahu bahawa apa-apa yang mereka buat di dunia ini kepada planet ini, akan ada akibatnya. Mereka tak dapat terlepas daripada pengadilan hierarki-hierarki yang berlainan di dunia ini.

Hierarki dunia ini ditadbir oleh raja, perdana menteri, presiden dan lain-lain, segala jenis kerajaan yang tak sentiasa tepat dalam pengadilan disebabkan fakta yang tersembunyi, disebabkan ketakupayaan fizikal. Tetapi kerajaan dalaman takkan tertipu, takkan dibodohkan dengan apa cara sekalipun. Jadi apa-apa yang anda buat akan diketahui, akan direkodkan dan anda akan diadili. Anda perlu tanggung akibatnya. Jadi anda semua harus tahu bahawa ada kerajaan rahsia yang melangkaui semua kerajaan fizikal. Cubalah hidup dengan mulia mengikut Hukum Alam Semesta sebelum waktu pemergian anda dari dunia fizikal. Apa-apa yang anda buat, meskipun anda boleh terlepas daripada mata kerajaan fizikal dan boleh terlepas daripada hukuman kerajaan fizikal, ada satu lagi, kerajaan tak nampak yang akan mengadili anda, buat anda melangsaikannya dengan sewajarnya dengan keadilan dunia fizikal pun, belum kata lagi alam spiritual atau apa-apa yang lain.

Ada rangkaian yang tiada apa-apa yang boleh terlepas, nanodebu pun tak boleh terlepas. Sebutir nanotanih pun tak boleh terlepas daripada rangkaian kerajaan dalaman sebenar yang dalam di alam ini. Itu sepatutnya suatu rahsia tetapi rasanya saya perlu dedahkan kepada anda. Bukan segalanya yang saya dedahkan akan bantu saya menjadi lebih selamat tetapi rasanya saya perlu supaya seluruh masyarakat global akan faham bahawa ada sesuatu yang lain di sebalik segala kejadian dan rupa fizikal ini. Jadi anda tak boleh terlepas daripada apa-apa pun yang anda buat pada masa dahulu, masa sekarang atau masa depan. Jadi berfikir baik-baik sebelum anda membuat sesuatu yang bertentangan dengan hati nurani anda dan Hukum Alam Semesta.

Saya telah beritahu anda apa-apa saja yang saya beritahu anda dengan izin Tuhan Yang Maha Berkuasa. Walaupun saya tak sukanya, saya tetap perlu demi kebaikan anda supaya anda ingat baik-baik bahawa ada sesuatu yang lebih besar daripada hidup dan apa-apa yang kita buat, kita perlu bertanggungjawab atasnya. Kita perlu bertanggungjawab. Tiada apa-apa yang boleh terlepas drpd jaring halus Hukum Alam Semesta.

Walaupun anda nampak saya dalam bentuk fizikal, saya bukan fizikal saja. Bentuk fizikal saya hanyalah sebuah pejabat bagi bekerja untuk dunia fizikal ini. Saya ada banyak pejabat yg lain dari sini hingga ke Ketakterhinggaan di atas. Jika anda percayai saya, saya dapat lebih banyak membantu anda. Jika anda tidak percayai saya, saya dapat bantu anda dengan kurang kerana saya tak boleh melampaui kuasa kemahuan anda, hak keputusan individu anda. Tuhan tidak mahu mana-mana anak-Nya menjadi hamba-Nya. Itu apa yang baik.

Hukum ada di sini untuk anda belajar supaya berkelakuan baik. Itu saja. Jika anda tidak lakukannya dengan baik, anda akan perlu belajar semula dengan sesuatu cara atau cara yang menyakitkan atau malah cara di neraka kerana anda ada sifat ketuhanan di dalam diri anda dan anda mengadili diri sendiri. Oleh sebab kita semua berhubungan, jadi jika anda mengadili diri sendiri, ini bermakna orang lain juga perlu mengadili anda. Anda berhak untuk menjadi suci, tak berdosa, tak bersalah, tetapi anda juga berhak untuk memilih arah yang bertentangan. Sekarang anda masih ada masa untuk memilih kesempurnaan, kesucian, kebaikan, belas kasihan, sifat berlembut, kemurahan, sifat pengasih terhadap semua makhluk di sekeliling anda. Lagi banyak anda macam itu terhadap makhluk lain lagi banyak anda mengembangkan keagungan anda di domain fizikal dan juga di seluruh Alam Semesta.

Anda sentiasa ada pilihan. Jika anda telah membuat pilihan yang salah, hanya berpatah balik, bertaubat dengan ikhlas, merendah diri, memohon ampun. Itu saja yang perlu anda buat sebelum terlambat. Apabila dosa terlalu besar, anda takkan dapat keluar daripada hukuman sendiri di neraka. Anda menetapkan segala peraturan sebelum anda dilahirkan, sebelum anda wujud. Jadi tolong fikirkan itu. Mengatasi segala kelemahan anda. Menjadi kuat semula, menjadi Suci semula, bersama dengan Tuhan semula. Bertaubat, merendah diri, sentiasa memohon ampun dengan ikhlas dan berpatah balik. Buat secara bertentangan dengan apa yang anda tahu buruk. Itu saja, sangat mudah.

Anda tak perlu cari saya atau mengikut saya, apa-apa pun. Saya tidak minta itu. Anda hanya jadi Guru sendiri semula. Bertaubat, memohon ampun dan buat secara bertentangan dengan apa yang buruk. Jika anda perlukan lebih banyak bantuan daripada saya, dah tentu, saya sanggup. Tetapi saya bukan katakan semua ini supaya anda datang mengikut saya atau apa-apa. Anda juga boleh mengikut saya dalam hati dengan Rahmat Tuhan. Tetapi itu bukan sebabnya saya beritahu anda semua ini. Saya beritahu anda semua ini hanya supaya anda tahu, supaya anda ingat bahawa ada benda yang lain daripada hanya hidup fizikal, dan anda akan bertindak dengan sewajarnya.

Saya beritahu anda sekarang dan sebelumnya untuk ingatkan anda bahawa anda ialah sesuatu yang lebih daripada hanya badan fizikal dan ada sesuatu yang lebih daripada hanya domain fizikal, dan anda cuba cari dalam roh anda, dalam diri Ketuhanan anda, cari penyelesaian yang betul, jawapan yang betul, tindakan yang betul untuk menyelamatkan diri daripada menyimpang daripada diri yang sebenar dan tidak menyimpang daripada Tuhan. Sentiasa ingat akan Tuhan. Minta bantuan. Minta pengampunan. Minta makrifat. Segala-galanya yang lain sudah diberikan kepada anda di dunia ini, malah lebih drpd apa yg anda perlukan. Meskipun anda hidup sebagai rakyat biasa hari ini, anda jalani kehidupan yang lebih selesa daripada raja zaman dahulu. Mereka tiada segala alat yang menyelesakan yang boleh digunakan pada bila-bila saja ini seperti yang anda ada sekarang.

Semalam, saya perlu cari berita. Seperti biasa, saya cari untuk lihat sama ada terdapat apa-apa yang baik untuk dilaporkan kepada anda di Supreme Master Television kami. Saya nampak seorang pemuda Âu Lạc (Vietnam), berusia mungkin 30 atau sesuatu. Dia melakukan kepandaian ahli silap mata di jalanan. Saya lihat pengawal keselamatan berdiri saja di sana atau berdekatan. Mereka tidak buat apa-apa pun. Saya lihat orang berjalan ke sana sini di dataran, di jalanan – beberapa orang pemuda dengan iPhone yang terbaik bercakap atau baca berita daripada saudara-mara, kawan atau sesuatu. Saya rasa mereka begitu bebas di Vietnam, Âu Lạc. Saya berfikir kadangkala berita atau berita palsu gambarkan Âu Lạc (Vietnam) sebagai negara yang ada sangat banyak sekatan. Bukan begitu. Sejak adanya keamanan, sekurang-kurangnya penyatuan semula Âu Lạc (Vietnam) dari Utara dan Selatan, keadaan sentiasa menjadi semakin baik. Anak murid Tuhan saya pun boleh menempah tiket penerbangan atau kapal, atau pergi dengan kereta juga, atau apa-apa saja yang mereka buat, bergantung kepada di mana saya berada, untuk jumpa dgn saya, melalui jalan air atau sesuatu macam itu. Jadi sangat bebas. Mereka hidup seperti mana-mana negara yang lain.

Bukan hanya sebarang negara yang lain tetapi tamadun yang lebih maju dalam negara itu, Âu Lạc (Vietnam). Jika segalanya sebagaimana yang saya lihat dalam berita atau… Dan juga, apa-apa saja berita yang saya lihat dalam jaringan Vietnam (Âu Lạc), apa-apa saja berita yang mereka paparkan di sana, sangat dapat membantu orang. Kebanyakan daripadanya. Sesetengahnya berita palsu, dah tentu, kerana sesetengah orang suka akan peperangan atau kesusahan atau hanya suka mendapat perhatian dan memaparkan berita palsu. Tetapi kebanyakan berita sangat dapat membantu orang lain, rakyat. Jika negara lain memuat turunnya dan tahu akan bahasa Âu Lạc (Vietnam), ia akan dapat membantu juga. Saya begitu gembira dalam hati saya. Semoga kerajaan Âu Lạc (Vietnam) maju jaya dalam usaha berkhidmat kepada rakyat. Saya harap mereka boleh teruskan macam itu. Saya

bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang berlaku di Âu Lạc (Vietnam), segala perkara baik yang berlaku di Âu Lạc (Vietnam) dan atas mereka ada kerajaan yang baik. Setiap kerajaan ada kelemahan mereka juga tetapi apa-apa yang saya lihat dalam berita, nampaknya mereka kerajaan yang sangat baik – bersih dan cuba membantu rakyat negara mereka. Saya harap semua ini benar dan bukan hanya untuk PR, perhubungan awam saja. Syurkur kepada Tuhan yang cintai Âu Lạc (Vietnam) dan banyak membantu. Saya harap orang Âu Lạc (Vietnam) akan menjadi semakin sedar akan veganisme dan amalkan veganisme.

Saya malah nampak restoran vegan Âu Lạc (Vietnam) di jalanan. Bukan restoran, hanya gerai yang mereka sendiri buat. Kerajaan malah benarkan mereka, di Hanoi. Mereka menyusun barang di jalanan, di tepi jalan, di sebelah rumah, di sebelah dinding taman rumah Âu Lạc (Vietnam). Saya begitu gembira. Makanan yang ditunjukkan dalam video mereka kelihatan begitu sedap. Segala makanan (vegan) terbaik yang boleh saya makan setiap hari. Saya begitu rinduinya, saya perlu bercakap benar. Rasa fizikal, kehidupan fizikal sementara kita hidup di Bumi ialah sesuatu yang tak dapat kita hilangkan dengan begitu cepat. Kecuali kita pergi ke Syurga, itu berbeza. Tetapi saya rinduinya tak bermakna saya perlu adanya. Saya hanya kata, “Oh, saya tahu akan itu! Mi sup (vegan), saya tahu akan itu. Mi goreng (vegan), saya tahu akannya. Oh, ia menakjubkan! Ia sedap.”

Dah berdekad-dekad saya tidak makannya. Sama seperti jika anda jauh dari negara anda, mana-mana negara, anda tiada makanan itu selama berdekad-dekad. Makanan asli anda, cara mereka memasak adalah berbeza dengan negara lain. Dah tentu, anda sangat rinduinya. Tetapi dalam situasi saya, saya tak dapat memperolehnya. Saya tiada makanan seperti itu. Saya tiada jurumasak Âu Lạc (Vietnam) yang akan memasak untuk saya macam itu setiap hari. Saya boleh sendiri memasak. Tetapi ia perlu sederhana. Saya tiada masa untuk semua itu. Sesetengah makanan perlukan masa untuk disediakan tetapi ia sedap.

Semua makanan vegan Âu Lạc (Vietnam), bukan hidangan utama pun, oh, sangat sedap! Anda semua harus cuba. Jika anda pergi ke Âu Lạc (Vietnam), anda harus cuba makanan vegan Âu Lạc (Vietnam) ini – ia memang sedap. Sangat enak, sangat lazat dan menyihatkan. Kerajaan biar mereka bekerja macam itu di tepi jalan. Saya begitu gembira melihat itu. Saya perlu berterima kasih kepada kerajaan Hanoi atau Âu Lạc (Vietnam) yang begitu bebas, memberi kebebasan, cintai kebebasan.

Cara saya lihatnya, kadangkala saya nampaknya secara kebetulan. Ini tak bermakna saya carinya. Saya tak tahu nak cari apa. Tetapi kadangkala saya cari berita dan ini muncul. Ya Tuhan! Saya harap saya berada di sana. Saya boleh makan makanan ini setiap hari. Saya akan sewa pangsapuri di tepi penjual makanan jalanan vegan, gerai makanan jalanan vegan ini. Ia kelihatan begitu bebas, begitu baik dan begitu sedap. Saya tak terlalu suka restoran besar, terkenal atau berkelas tinggi. Saya suka makanan itu. Kita makan di jalanan. Lama dahulu semasa saya sentiasa bergaul dengan anak murid Tuhan Taiwan (Formosa) di Taiwan (Formosa), pada bila-bila saya adakan perhimpunan atau suluk, kadangkala mereka dengan bersahaja sediakan sudut memasak kecil di ashram. Saya begitu suka akannya. Saya sentiasa pergi ke sana untuk makan. Saya bayar, dah tentu. Saya bayar untuk segalanya yang saya gunakan daripada anak murid saya. Semua orang tahu akan itu. Mereka semua tahu akan itu.

Kita perlu mentarikhkan kata-kata ini kalau-kalau ia akan disiarkan. Saya bercakap di dalam khemah sekali lagi dalam kegelapan dan terlupa mengatakannya. Saya lihat tarikh. Itu 22 Mac. Jadi agaknya anda ingin dengarnya. Jadi barangkali saya akan minta pasukan saya menyiarkannya di Supreme Master TV kami untuk anda. Saya pasti sesetengah orang nak dengar, sekurangnya anak murid Tuhan saya. Jadi barangkali saya hantarnya. Tetapi saya belum habiskan itu. Saya rakamkan ini secara berselang-seli, dengan sesiapa saja saya perlu bercakap, dan juga dengan Rahmat Tuhan, Kehadiran Tuhan dan Kehadiran Guru Tertinggi dalaman, walaupun saya bersatu dengan Guru, namun saya tetap perlu membuat kerja fizikal, jadi saya panggil Mereka sebagai yg berbeza-beza tetapi saya tidak berbeza, hanya fizikal. Walaupun tidak berbeza, saya buat kerja yang berlainan dan Guru dalaman buat kerja yang berlainan, tetapi kami bersama.

Sukar nak jelaskan tetapi buat masa ini anda dengar saja maklumat itu. Oh, ini senang! Contohnya, seperti Buddha Shakyamuni berada di Bumi. Baginda secara fizikal seorang biksu dan setiap hari keluar utk minta sedekah tetapi ini tak bermakna Baginda ialah itu saja. Baginda ialah Buddha. Baginda pergi dari Syurga ke neraka untuk membantu semua makhluk. Makhluk Syurga pun datang belajar dengan Baginda di Syurga pada bila-bila Buddha berada di Syurga.

Nabi Isa pula, Baginda berada di Bumi sebagai anak seorang tukang kayu tetapi Baginda ialah Anak Tuhan. Baginda ada pengetahuan yang luas tentang segala-galanya. Cuma manusia tidak memahami apa-apa pun yang ganjil bagi telinga mereka. Walaupun roh mereka faham, namun ia perlu melalui minda, kemudian otak mereka. Otak mereka mudah terpengaruh oleh apa-apa saja di sekeliling mereka dan bukan Ajaran Tuhan. Itu masalahnya. Sebab itulah semua Guru begitu banyak menderita.

Saya kata “berselang-seli” kerana kadangkala Guru beritahu saya situasi dalaman dan maklumat. Kadangkala saya perlu minta Izin Tuhan untuk memberitahu anda sesuatu atau tidak memberitahu anda sesuatu. Jadi saya kata saya merakam “secara berselang-seli” kerana saya buka dan tutup, buka dan tutup perakam, dan kerana ada mesyuarat dan perbualan yang berlangsung. Itu bukan hanya beberapa perkataan, kemudian ‘selamat tinggal’. Tidak. Jadi saya tanya Guru sama ada saya perlu merakam kerana jika saya tak merakam, mungkin saya terlupa akan perkara penting. Jadi hari ini saya gembira dapat merakam dalam kegelapan malam di dalam khemah kerana jika saya perlu keluar untuk menulisnya, mungkin saya terlupa akan sesuatu, dan barangkali saya takkan begitu banyak berhubungan dengan Guru dan Tuhan lagi. Jika saya asyik buka, tutup dan buka lampu, terlalu terang. Telefon adalah senang. Saya tak perlu buka sebarang lampu. Saya boleh merakam tanpa melihat ke dalam telefon pun. Ini ciptaan yang baik, menakjubkan. Saya berterima kasih kpd semua pencipta telefon dan semua pekerja yang berkaitan kerana membawa keselesaan ini ke dalam kehidupan manusia. Semoga anda diberkati. Semoga anda dikasihi. Semoga anda rasai Berkat dan Kasih Sayang daripada Tuhan. Amin.

Saya ingatkan dua orang Raja secara berulang kali supaya Anda berdoa kepada Tuhan agar beri kekuatan kpd Anda untuk melaksanakan kerja Anda di planet ini. Kita semua dah tidak muda sekarang. Buatlah kerja-Mu, mendapat pahala, pahala yang amat besar kerana melakukannya, kerana melakukan kerja mulia ini sebelum hayat-Mu tamat. Kita tidak hidup di sini selama-lamanya. Kita di sini untuk sesuatu tujuan. Walaupun saya tidak sebut nama dan negara-Mu, namun Anda sendiri tahu. Secara fizikal pun, jika Anda dengar kata-kata saya di sini, jika Anda dengar kata-kata saya, Anda akan tahu. Anda berdoalah kepada Tuhan agar beri kekuatan yg cukup kpd Anda, sebanyak yang Anda perlukan untuk mengatasi ketakutan Anda dan buat kerja Anda. Segalanya yang kita buat utk orang lain di planet ini ada kesan yang perlu ditanggung. Meskipun kita tak nak tanggung, kita terpaksa juga. Tetapi kita tanggung kesan yang kecil untuk membuat kerja mulia. Ia mungkin mencederakan kita, memudaratkan kita dari segi fizikal atau malah reputasi tetapi kita akan diberi ganjaran besar di Kerajaan Tuhan apabila kita pulang ke kediaman Tuhan yang asal di Syurga. Jadi tolong lakukannya, dan cepat.

Bekerja bersama saya, bekerja bersama pasukan pencinta keamanan juga, di Bumi sini secara fizikal, walaupun Mereka dari Syurga, seperti Anda. Anda mesti tahu akan ini. Ada sesuatu di sebalik tabir fizikal ini, sesuatu yang lebih besar daripada domain fizikal ini. Jangan hanya pergi ke gereja dan bercakap seolah-olah Anda tahu tetapi Anda tak tahu. Roh Anda tahu. Mintalah pengetahuan daripada roh-Mu. Mintalah semua Guru supaya ampuni dan membimbing Anda. Mintalah Tuhan Yang Maha Berkuasa supaya beri kekuatan dan kebijaksanaan kpd Anda untuk laksanakan tugas Anda. Saya juga berterima kasih kepada Anda kerana cuba sedaya upaya. Semoga Anda lebih banyak diberkati agar Anda dapat laksanakan tugas-Mu di alam spiritual dan juga di dunia fizikal ini.

Rakaman ini tak sentiasa bersambungan. Tak mengapa. Asalkan saya teringat sesuatu atau Guru atau Tuhan ingatkan saya tentang sesuatu, saya perlu rakamkan sebelum terlupa. Jadi ia tak perlu menjadi seperti karya sastera Hadiah Nobel, karya agung atau apa-apa. Asalkan anda dengarnya, memahaminya dan cuba bertindak dengan sewajarnya untuk membantu diri sendiri dan dunia ini.

Saya nak beritahu anda sesuatu yang sangat jujur ​​dan benar. Daripada segala kesucian sayalah saya beritahu anda apa-apa yg saya tahu dan diizinkan untuk memberitahu. Kerana di domain fizikal ini pun, saya rasa suci, rasa bersih dan rasa dikasihi oleh Tuhan Yg Maha Berkuasa. Saya amat bersyukur. Saya memang harap anda semua dapat rasai itu, sebagaimana yang saya rasai: suci, bersih dan dikasihi Tuhan. Semoga Engkau, Tuhan Maha Berkuasa, kurniakan ini kepada kami. Amin, Tuan. Semoga Engkau sucikan kami semua sebagaimana Engkau menyucikan aku, bersihkan aku dan kasihi aku. Aku harapkan itu bagi semua makhluk yang lain. Amin, Tuan. Aku bersujud di Kaki Suci Yang Maha Berkuasa dan bersyukur kepada Engkau dengan nama seluruh umat manusia dan semua makhluk di planet ini. Kami cintai Engkau. Saya cintai Engkau.

Pada 26 Mac, Guru dengan baik hati berikan kemas kini berikut:

Seperkara lagi, hanya utk beritahu anda bahawa salah satu drpd dua orang Raja yang saya sebut itu telah datang kepada saya untuk memohon ampun. Baginda rayukan keamanan, kebahagiaan Baginda bertaubat. Jadi Baginda telah menyerahkan formula Keamanan dan juga menyertai proses ini. Maksud saya di dalam, bukanlah orang dapat lihat. Jadi kita berharap keamanan akan datang tak lama lagi. Syukur kpd Engkau, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Amin.

Photo Caption: Siapa yang Takkan Sukai Matahari Sebanyak Ini!

Muat turun Foto